Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila status ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengenai perlawanan akhir di antara Liverpool dan Real Madrid disindir oleh Dira Abu Zahar yang menyifatkan beliau sebagai ‘YB Budak-budak’.
Melalui laman Twitter, Syed Saddiq dengan nada bergurau, meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilihat terlalu mudah melepaskan gol sehingga menyebabkan pasukan itu tewas.
Tweet tersebut mendapat perhatian rakan baiknya sendiri iaitu Sharifah Amani yang tidak faham kenapa Dira cuba cari pasal dan menimbulkan kekecohan di media sosial.
“Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang ‘power’. Buat keluarga kau bangga. Lindungi dan perjuangkan hak wanita dan penggiat seni tapi ‘part’ hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak fahamlah. Orang tu nak tengok bola pun tak senang,” katanya.
‘Part hang duk picit phone cari pasal tu aku tak faham’
Selepas ditegur, Dira meluahkan rasa tidak puas hatinya kenapa dia tidak boleh membuat kenyataan seperti itu di media sosial sedangkan orang lain boleh.
Bagaimanapun, Amani menjawab tidak perlu menyamakan dirinya dengan orang lain kerana baginya Dira jauh lebih baik dan ada perkara jauh lebih penting yang perlu diberi perhatian.
Rata-rata netizen kagum dengan teguran Sharifah Amani yang dilihat sangat berhemah dan masih menjaga perasan sebagai seorang sahabat. Netizen juga turut mengatakan, jika hendak mengutarakan pendapat atau hujah, pastikan ianya berasas dan sesuatu yang penting.
No comments:
Post a Comment