KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti berikut:
- Majlis Profesor Negara dibubarkan
- Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus
- Harga petrol kekal
- SPAD dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan
- Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion
- GST sifar mulai 1 Jun
- Kerajaan akan meneliti semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi
- Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan
- Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.
- Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula
- Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan
- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.
- Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.
- Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
- Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.
No comments:
Post a Comment