Terra2

Wednesday, 6 May 2020

Terlampau Memuja Idola2 K-Pop, Peminat Tegar Kini Wujudkan ‘Agama BTS’!

Tidak dinafikan gelombang K-pop dan peminat-peminat mereka mempunyai semangat serta sokongan yang padu dalam industri hiburan Korea Selatan ini. Bukan setakat di Asia, kini kebanyakan idol K-pop juga telah berjaya menembusi media dan hiburan bertaraf antarabangsa.
Namun, seperti yang diketahui peminat-peminat K-pop ini mempunyai keunikan dan obsesi tersendiri dalam menyokong kerjaya idol-idol kegemaran mereka. Sehinggakan, ada yang sanggup melakukan perkara semata-mata mahu menunjukkan minat dan
sokongan terhadap idol kesayangan mereka.

“Berita yang sangat mengejutkan lagi mendukacitakan…”

Di Twitter, seorang akaun berkongsikan perkara yang agak mengejutkan lebih-lebih lagi dibulan mulia ini terutamanya bagi umat islam. Obsesi terlampau sesetengah penyokong kumpulan BTS yang dikenali sebagai ARMY, telah menimbulkan rasa tidak senang orang lain apabila sebilangan ARMY ini telah mewujudkan sebuah agama sendiri yang dikenali sebagai ‘Agama BTS’.

“Ini bukan tahap dosa besar lagi ni…”


“Dah pun mula masuk ke Malaysia…”

Lebih menakutkan, perkara ini sudahpun menular di negara Indonesia dan didakwa bakal masuk ke Malaysia. Perkara ini sepatutnya menjadi satu kerisauan kerana sememangnya memesongkan akidah terutamanya bagi yang beragama islam.

“Jangan bila dia dah sembah BTS…”

Siap ada rukun agama BTS!

“Kau lebih ganteng dari Nabi…”



Lebih merisaukan, rakyat Malaysia pun turut terpengaruh!

Sumber: Twitter.

Monday, 4 May 2020

Saya akan jadi orang pertama sokong Jakel…” – Ustaz Abu Syafiq

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai satu kenyataan menyentuh sensitiviti orang Melayu, yang dibuat oleh adik kepada adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia itu, Muzaffar Jakel.
Berikutan daripada itu, terguris dengan kenyataan tersebut ramai dalam kalangan netizen melancarkan boikot, agar tidak membeli kain di gedung Jakel.
Isu tersebut mendapat perhatian pendakwah, Ustaz Abu Syafiq, yang menyatakan sokongan beliau terhadap perniagaan gedung tekstil Jakel.

Ustaz Abu sokong Jakel

Jelasnya, menerusi muat naik video di IG, apa yang berlaku kepada Jakel adalah perkara yang sama berlaku kepadanya, apabila terdapat beberapa pihak yang cuba untuk melaga-
lagakan, sehingga mengundang fitnah.
“Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam…”

Nak beli kain di Jakel bantu golongan susah

Menurutnya, segala yang berlaku ini adalah fitnah di bulan Ramadan. Justeru, pendakwah itu menyatakan bahawa dia tetap akan menyokong dan membeli di Jakel.
“Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel. Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memelukan…”
Terdahulu, Muzaffar Jakel, telah pun membuat satu permohonan maaf berikutan kenyataan yang telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sumber : Ustaz Abu Syafiq

“Balai Yang Penuh Nostalgia,” Dua Tahun Berlalu, ‘Uniform’ Arwah Adib ‘Diabadikan’ Di Sudut Memorial


Seperti yang kebanyakan orang sedia maklum, pada hari ini, 4 Mei, anggota bomba dan penyelamat menyambut Hari Bomba Sedunia. Bakti dan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa-mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus beredar.
Pun begitu, terdapat juga beberapa anggota bomba yang terkorban semasa menjalankan tugas. Antaranya ialah anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim yang mendapat perhatian kebanyakan orang di Malaysia.
Allahyarham juga telah diangkat sebagai perwira negara atas dedikasinya terhadap tugas yang telah diamanahkan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, balai bomba yang pernah menjadi tempat Allahyarham Muhammad Adib bertugas masih lagi menyimpan beberapa barangan milik arwah di balai mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sebentar tadi saya dan rakan setugas pb Mohd Hafiz berkunjung ke BBP Subang Jaya atas urusan menghantar barangan kebajikan anggota. Berjumpa dengan rakan lama oc balai Subang Jaya Tuan Syed Korea. Tak sangka jurulatih saya masa di akademi bomba Wakaf Tapai dulu pon dah bertugas dibalai ni sekarang.
Ni balai yang penuh nostalgia, balai dimana Allahyarham pbk 2 Muhammad Adib Bin Mohd Kassim bertugas yang mana kes beliau mengemparkan negara 2 tahun lalu.
Barangan kelengkapan ppe..baju..malah selipar Allahyarham juga diabadikan di memorial beliau..sempena hari bomba sedunia yang disambut hari ini 4 Mei saya mohon pada semua rakan-rakan hadiahkanlah bacaan Al Fatihah kepada beliau..semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama mereka yang beriman dan beramal soleh..Aamiin
Sumber: Silatang Bugis

Sunday, 3 May 2020

”Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Anggota Keselamatan Patut Dipertimbangkan Hukuman Mati”- Dr. MAZA


Satu hukuman yang teramat berat perlu dijatuhkan ke atas individu yang menyebabkan kecederaan atau kematian anggota keselamatan ketika bertugas menjaga kepentingan awam di jalan raya.
Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan kes kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban akibat dirempuh oleh pemandu disyaki mabuk, baru-baru ini.

“Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta.
“Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.
“Tiada alasan untuk meringankan hukuman.
“Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’,” jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook, semalam.
Sumber: Facebook

Friday, 1 May 2020

Lesen Memandu UNHCR Tidak Boleh Digunakan Bagi Memandu Kenderaan Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR, tidak sah digunakan untuk memandu apa juga jenis kenderaan motor di Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan ia selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ lagi, kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah menjelaskan bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Alvin Chong, Michael Ang Berang Ustaz Abu Syafiq Nak Hapuskan Tulisan Cina


Ustaz Abu Syafiq dilihat sering kali mengeluarkan kata-kata bersifat kontroversi di media sosial. Sebelum ini dia didakwa memuat naik status bahawa dia kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan.
Terbaru, satu video dimana Ustaz Abu Syafiq mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina telah dimuat naik menerusi Twitter Khalids. Video yang tidak diketahui tarikh sebenar direkodkan dan dipercayai video lama telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. Selebriti Alvin Chong dan pengarah terkenal Michael Ang turut tidak terlepas memberi komen terhadap video tersebut.

Hapuskan tulisan Cina?

Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut. Menurutnya lagi, tindakan menghapuskan tulisan Cina dikatakan adalah wajar kerana di Malaysia telah mempunyai bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan tulisan serta bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan

Rela berjiran dengan Rohingya

Sehubungan dengan itu, Michael Ang menyatakan bahawa dia lebih rela hidup berjiran dengan rakyat Rohingya berbanding hidup berjiran dengan seseorang yang suka menimbulkan isu perkauman. Tambahnya lagi, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan nama baik agama Islam.

Tak layak jadi ustaz

Di samping itu, Alvin Tan turut bersependapat dengan Michael Ang bahawa tindakan Ustaz Abu Syafiq akan menjadi punca kepada perpecahan perpaduan rakyat. Selain itu, menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar. Dia turut berpendapat bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak layak menjadi seorang yang bergelar ustaz.

Wednesday, 29 April 2020

Terkesan Dgn PKP, Jual Tembikai Depan Rumah Pun Nak Kena Siita! Pakcik “Sekolahkan” Pihak Berkuasa




Saban hari ada sahaja kisah rakyat kita yang hidup dalam kesempitan. Bayangkan dengan keadaan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hidup mereka sudah pun kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Inikan pula dalam tempoh PKP yang langsung tak dapat keluar untuk cari duit belanja. Mungkin yang mana ada gaji tetap setiap bulan tidak merasakan tekanan ini. Tetapi bagi mereka berharap pada pada gaji hari, terutama peniaga keci sudah pasti impak sangat besar.
Sebulan lebih pelaksanaan PKP membuatkan ada antara kita yang buntu dan risau dengan ekonomi keluarga. Mana tidaknya, ada perut anak dan isteri yang perlu diisi dan dijaga.
TERPAKSA BUKA GERAI UNTUK TANGGUNG KELUARGA
Begitu lah yang dihadapi oleh seorang peniaga buah tembikai yang akhirnya akur terpaksa membuka gerai demi kelangsungan hidup. Walau bagaimanpun lain pula jadinya apabila pihak berkuasa bertindak untuk meny1ita gerainya.
Sekali gus mengundang rasa ketidak puasan hati. Yang menarik perhatian adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh peniaga berkenaan yang menyekolahkan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak bertimbang rasa dengan keadaan semasa.

Difahamkan kejadian berlaku di Perlis di mana dia hanya membuka gerai perniagaan di dalam kawasan rumahnya sahaja dan bukan lah di kaki lima atau kawasan yang mengganggu lalu lintas awam.
DIA BUKAN MEMINTA-MINTA ATAU AMBIL HAK ORANG
Jelas peniaga berkenaan, perniagaan menjual buah yang sedang diusahakan adalah periuk nasi selama PKP. Jika dia tidak berniaga, sudah pasti dia tidak mempunyai duit belanja untuk anak isteri.
Paling terkesan dengan ayatnya adalah dia bukan meminta-minta atau mencvri untuk kelangsungan hidup. Bahkan dia bukan seperti pekerja kerajaan yang boleh duduk rumah dan hanya menunggu gaji tiap bulan.
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kata-kata serta tindakan daripada peniaga berkenaan. Dapat dilihat sepanjang PKP lebih ramai isu mere3mpat di bumi sendiri.

Sekurang-kurangnya peniaga berkenaan berusaha dengan kudrat untuk meraih pendapatan bahkan buka gerai di atas tanah sendiri. Mungkin perhatian pihak berkuasa adalah keadaan semasa wabak yang lebih membimbangkan.
Kesimpulannya, mungkin perlu ada prosidur khas lain bagi peniaga kecil agar mereka dapat meneruskan mata pencarian sepanjang tempoh sukar ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral
Sumber : Meeck.com

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...