Kerajaan Malaysia dillihat turut mengambil berat dan prihatin terhadap nasib golongan gelandangan ketika wabak pandemik COVID-19 ini melanda Malaysia. Beberapa buah transit gelandangan turut dibuka untuk memastikan mereka terhindar daripada jangkitan virus berkenaan.
Turut tidak disangka-sangka, bencana yang melanda negara ini memberikan hidayah dan peluang kepada seorang gelandangan untuk memeluk agama islam. S Kanna melafaskan dua kalimah syahadah selepas ditempatkan di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Dia memperolehi hidayah untuk memeluk islam sehari sebelum menyambut bulan Ramadan. Lelaki yang berasal dari Kedah ini menyatakan kegembiraannya dapat memeluk agama islam setelah sudah dua tahun memendam hasrat.
S Kanna memilih nama barunya dan kini lebih dikenali sebagai Muhammad Safirul Abdullah. Lebih menyentuh hati, dia memilih nama berkenaan sempena nama rakan baiknya yang sudah meninggal dunia.
Pihak pengurusan kem berkenaan juga mengadakan pelbagai program pengisian dianjurkan untuk penganut Islam oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
“Saya belajar solat, belajar mengaji, ramai kawan di sini yang selalu beri sokongan. Saya sudah tiada sesiapa, mak ayah sudah tiada, saya anak tunggal. Kehidupan di sini jauh lebih baik kerana lebih teratur dan banyak yang saya belajar” kata mualaf terbabit.
Sumber: Berita Harian.
No comments:
Post a Comment