Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, pagi tadi.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Muhammad Hamadi Zakaria dan Nur Syuhadah Zaini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata motosikal jenis Honda CB500 ditunggang mangsa dipercayai merempuh sebuah motosikal jenis Suzuki yang sebelum itu terbabit kemalangan di tengah jalan.
“Hasil siasatan mendapati motosikal ditunggang oleh dua mangsa yang cedera itu telah berlanggar dan terbabas di tengah jalan di lokasi tersebut.
“Mangsa dan isterinya tidak dapat mengelak dan telah melanggar dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo itu,” katanya.
Tambah Azman, dua lagi penunggang motosikal dikenali sebagai Mohd. Saad Ismail dan Sainuddin Sukur yang parah dikejarkan ke PPUM bagi mendapat rawatan lanjut.
Difahamkan pasangan itu meninggalkan dua anak perempuan yang masing-masing berusia enam dan dua tahun.
Sumber : Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment