Sememangnya makanan yang dibeli di luar rumah agak diragui tahap kebersihannya. Walaupun begitu, ia bukanlah mejadi masalah jika kita tidak berasa was-was dengan makanan tersebut.
Namun begitu, para peniaga hendaklah berlaku jujur ketika berniaga dan jangan sesekali menipu pembeli dengan ramuan yang dimasukkan ke dalam makanan tersebut. Perkara itu bukan sahaja tidak elok, malahan menjejaskan reputasi perniagaan sendiri.
Bahan tu tak hancur langsung
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Twitter, seorang gadis telah memberitahu terbeli laksa yang mempunyai bendasing aneh di dalam kuahnya.
Kuah pekat tak macam biasa
Menurutnya, laksa tersebut dibeli di sebuah gerai yang terletak Jalan Kebun. Mulanya dia agak meragui mengapa kuah laksa tersebut kelihatan agak gelap berbanding biasa. Selepas diperhatikan, terdapat sesuatu yang agak pelik seperti kertas tidak hancur di dalam kuah laksa.
Memang ada peniaga yang nak untung macam tu
Perkongsian daripada pengguna yang dikenali sebagai Syuzu itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen di Twitter. Ada juga daripada mereka memaklumkan pernah mengalami nasib sama dengan gadis tersebut.
Namun begitu, ada sebahagian netizen meminta Syuzu untuk memaklumkan kejadian yang dihadapi kepada pihak berkuasa dan tidak sekadar melaporkannya di media sosial sahaja.
Tak kan serai, lengkuas tak hancur
Ada kedai yang mengaku buat macam tu
Ada yang letak tisu
Cuba maklumkan perkara ni kepada pihak tertentu
Sumber : Syuzu
No comments:
Post a Comment