Terra2

Tuesday, 30 July 2019

Gara-gara nak hiburkan hati, mulut anjing dikerat lelaki mabuk.



Sejak semalam, tular gambar seekor anjing yang cedera parah di mulut kerana terlihat seakan dikerat. Lebih menyedihkan lagi, anjing yang berlumuran darah itu kelihatan tidak bermaya dan mulutnya terbuang di tanah.
Menerusi Harian Metro, Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan tersebut dan sudah mengenalpasti lokasi itu berlaku. Menurut presidennya, Arie Dwi Andika mereka dimaklumkan bahawa kes itu berlaku di Sabah.

Hadiah skuter siapa yang bagi maklumat

Oleh hal yang demikian, pihak mereka menawarkan sebuah skuter kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat berhubung isu kejam ini.
Tambah Arie Dwi Andika lagi, pihak mereka sangat berharap si pelaku akan mendapat hukuman sewajarnya.

“Kami mahu pelaku itu ditangkap, dituduh dan dijatuhkan mengikut enakmen kebajikan haiwan di Sabah.”

“Kami di Semenanjung tidak boleh campur tangan berikutan Sabah dan Sarawak mempunyai enakmen negeri masing-masing.” 





Sebagai hiburan sebab mabuk

Si pelaku itu dikatakan dalam keadaan mabuk dan sengaja memotong mulut anjing tersebut sebagai hiburan semata-mata.

“Setakat ini, kami dimaklumkan ada yang memberitahu anjing itu ditetak selepas berkunjung ke rumah penduduk untuk meminta makanan.

“Kami difahamkan, pelaku itu mabuk dan membuat melakukan perkara itu sebagai hiburan,” katanya.



Mana sifat keperikemanusiaan tu?

Menjengah keruangan komen di Facebook sumber, rata-rata netizen berasa berang dengan penularan gambar yang viral itu. Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu benar-benar tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Si pelaku harus di kenakan hukuman setimpal



Hati serupa syaitan



Sumber : Harian Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...