Kegembiraan seorang suami untuk menimang cahaya mata bertukar duka apabila bayi dalam kandungan isterinya sudah tidak bernyawa.
Menerusi laman Facebook, Fakhri Ery berkongsi kisah sedih tersebut apabila mengetahui dengupan jantung bayi mencecah usia 27 minggu itu sudah terhenti sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurut Fakhri, isterinya teruja untuk membeli segala barang keperluan setelah melakukan imbasan jantina bayi mereka beberapa hari sebelumnya.
Dia beli macam2 barang baby…
Baby tak bergerak, doktor cakap tak nampak jantung baby
Rujuk hospital, baby dalam kandungan dah meninggal
Selepas ditahan di hospital selama empat hari, isterinya terpaksa melahirkan bayi syurga yang diberi nama Muhammad Yusof itu sebelum dikebumikan di Merbau Patoh, Kuala Terengganu semalam.
27 minggu dalam kandungan…
No comments:
Post a Comment