Terra2

Friday, 12 July 2019

“Bukan boleh ditegur…” – Pelajar perempuan bangga hisap vape dekat ‘bustop’


Perasan atau tidak, semakin lama keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin merisaukan, lihatlah sikap mereka yang bila ditegur malah melenting.
Terbaru, tular pula gambar sekumpulan pelajar yang masih lagi beruniform sekolah, tanpa segan silu menghisap vape di sekitar kawasan awam.

Cikgu tegur nanti cikgu yang kena balik

Dapat diperhatikan pelajar perempuan tersebut mungkin dalam lingkungan 14 atau 15 tahun, dengan slumber menghisap vape di tempat menunggu bas, pasti ramai antara orang disekitar itu terkejut dengan tingkah 
laku pelajar tersebut.

Melihatkan senario yang berlaku ini, ramai yang mula mengaitkan dengan peranan guru yang kini makin dipertikaikan sejak tular kes guru disaman dan dimarahi ibu bapa pelajar apabila anak mereka dihukum.

Biarlah, tugas cikgu ni mengajar sahaja

Rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing rasa kesal dengan sikap remaja zaman sekarang yang semakin susah untuk ditegur, maka lebih baik guru fokus pada skop kerja mereka sahaja.

Inilah akibatnya bila sikit2 nak marah cikgu




Bila di luar sekolah, ibu bapa yang main peranan

Sumber : Gossip Warrior

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...