Gempar sebelum ini apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perlaksanakan hukumum hudud bagi negara Brunei. Perkara ini telah mendapat perhatian dan reaksi ramai, malah mendapat tentangan luar terutamanya negara Barat ekoran berkompromi dengan nasib ‘geng pelangi’.
Susulan daripada itu, ramai selebriti terkenal luar negara seperti Ellen Degeneres dan George Clooney berpakat untuk memboikot hotel terkemuka Brunei, malah turut menjalankan gerakan ‘solidariti’ buat golongan ‘geng pelangi’.
Atas tekanan dan desakan daripada pelbagai pihak terutamanya masyarakat luar negara, Sultan Brunei dipaksa untuk menyerahkan kembali ijazah kehormat dari Universiti Oxford dalam satu petisyen yang ditandatangani lebih 118,000 orang.
Sultan Brunei serah semula ijazah dengan rela
Menurut Universiti Oxford, Sultan Hassanal sendiri memutuskan untuk menyerahkan semula ijazah kehormat tersebut pada 6 Mei, sementara keputusan penganugerahannya diteliti semula oleh badan bertanggungjawab.
Negara terkecil di Asia Tenggara itu telah menerima kecaman global apabila menggubal undang-undang Islam pada 3 April yang menghukum pesalah liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk direjam.
Selepas menerima bantahan, baginda awal bulan ini berkata hukuman mati tidak akan dikenakan dalam pelaksanaan kanun keseksaan itu.
Netizen kagum dengan tindakan Sultan Brunei
Rata-rata netizen menghormati keputusan Sultan Brunei malah ramai yang turut mengagumi sifat kepimpinan beliau yang tidak menghiraukan sijil akademik berbanding tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam.
No comments:
Post a Comment