Terra2

Wednesday, 10 April 2019

‘Tipulah Kalau Saya Tak Sedih’ – Hidup Dalam Timbunan Sampah, Nasib Kanak-Kanak Malang Ini Terbela


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa tinggal di sebuah rumah ‘sampah’ dan hidupnya tidak ubah seperti gelandangan. Sebelum ini, Mohd Firdaus Abdullah hanya menumpang tidur di rumah rakan dan hanya keluar membantu penduduk kampung bagi mendapatkan sesuap nasi buat dirinya.
Lebih malang lagi, ibu kepada Firdaus Abdullah ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada awal bulan ini dan sejak Obtokber lalu kanak-kanak ini tidak lagi ke sekolah.

Tumpang mandi di stesen minyak

Ketika ditemui mendapati ibu dan bapa kepada Firdaus Abdullah telah lama berpisah. Ibunya telah kahwin baharu dan ayah tiri telah meninggalkan mereka sekeluarga kira-kira 5 tahun lepas.
Sepanjang tempoh seminggu lalu, saya menumpang mandi di stesen-stesen minyak dan tandas awam manakala makanan disediakan bapa saudara yang tinggal di Chemor.
Rumah yang disewa ibu juga sudah dua tahun tiada bekalan air dan elektrik, malah sewa rumah juga tidak berbayar membuatkan tuan rumah tidak ambil peduli mengenai rumah papan ini.

Hidup kami memang susah

Rumah tersebut terletak di Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said, Manjoi di Ipoh dipenuhi dengan longgokan pakaian terpakai, sampah sarap dan tiada bekalan elektrik dan air membuatkan Firdaus Abdullah terpaksa berdikari menjalani kehidupan.
Saya tidak tahu ibu saya di mana, namun rakan ibu mengatakan ibu saya kini ditahan di penjara Tapah. Hidup kami memang susah sebelum ini. Ibu mengambil upah membersihkan rumah orang dan kami memang menumpang mandi di mana-mana sahaja. Orang kata ibu saya hisap dadah, tapi saya tak pernah lihat dia ambil dadah depan saya.

Tak nak susahkan orang

Kisah ini turut dikongsi pengguna Facebook Ton Anjang mengenai kisah kehidupan Firdaus Abdullah telah menarik perhatian masyarakat untuk tampil menyalurkan bantuan.
Tambah Firdaus Abdullah lagi, rumah yang didiami ini hanya diterangi cahaya lilin sahaja dan terpaksa mandi di stesen minyak berdekatan.
Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang-senang. Tipulah kalau saya tak sedih, tak takut duduk seorang-seorang. Tapi nak buat macam mana, reda sajalah.
Memang macam inilah kehidupan kami. Lepas berhenti sekolah saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang. Dapatlah upah RM3 hingga RM5. Mak pula kerja cuci-cuci. Orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan.

Telah dirujuk ke JKM

Firdaus Abdullah ditempatkan di Rumah Transit Persatuan Budak Bus Stand Ipoh di Taman Lim sebelum dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak (JKM). Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah dirujuk kepada (JKM) dan disarankan Firdaus Abdullah ditempatkan ke asrama rumah perlindungan.
Sumber: Tok AnjangSinarMetro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...