Terra2

Wednesday, 24 April 2019

Bertudung bukan kerana Allah, menjelang Ramadhan Fathia Latiff buat rambut ala pengkid


Lama berteka-teki mengenai status bertudung atau tidak, selepas pelakon Fathia Latiff memuat naik gambar di Instagram dengan berambut pendek dan memadam semua foto bertudungnya.
Segalanya telah terjawab, baru-baru ini Fathia telah membuat penampilan pertama secara umum dengan tidak bertudung semasa menghadiri salah satu majlis.

Saya tak nak tipu diri saya lagi

Ketika ditemubual pemberita Fathia menjelaskan tindakannya membuka tudung adalah satu keputusan yang menurutnya betul, kerana dia sudah tidak perlu lagi hidup dalam kepura-puraan.
Baginya, untuk kekal istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang sangat mudah dan keputusan untuk tidak bertudung dilakukan bukan kerana pengaruh sesiapa namun atas kehendaknya sendiri.
Video Player
00:00
00:22

Saya pakai tudung sebab orang

Mengakui, tindakannya berhijab selama hampir empat tahun adalah kerana mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang, individu yang tidak dijelaskan siapa.
“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab…”

Itu hak saya, jangan dengki…

Ujar Fathia, segala keputusan yang dibuat dalam hidupnya adalah pilihannya sendiri dan dia berhak ke atas dirinya, untuk kembali kepada dirinya yang asal.
“Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya…”
Mengakui membuka tudung adalah satu kelakuan yang salah, namum pelakon itu meminta agar berhentilah menghakimi hidupnya kerana dia memerlukan masa untuk menyelami siapa dirinya yang sebenarnya.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...