Gara-gara mengalami dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan, anak perempuannya Ayra terpaksa ditahan di sebuah hospital untuk rawatan lanjut.
Lebih menyedihkan apabila keadaan anaknya kelihatan sangat kurus dan dipenuh wayar yang disambung ke badan si kecil itu.
Menerusi laman sosial Facebook, Zalwani Zulkifli berkongsi luahan hati apabila tidak berkesempatan untuk menyambut hari lahir suaminya di rumah kerana perlu menjaga anak mereka di hospital.
Semoga puteri ummi & ayah cepat sembuh
“Maaf, tiada kejutan untuk ayah.. Ummi duduk wad jaga adik.. Semoga ayah panjang umur & murah rezeki…
“…dan sihat selalu. Aamiin… ummi & adik sayang ayah ketat2,” tulisnya.
Posting berkenaan menjadi tular di Facebook dengan mendapat 2,000 perkongsian serta ratusan komen yang rata-rata turut menitipkan doa agar Ayra segera sembut dan terus kuat.
Tak banyak menyusu…
Ayra kuat ye sayang!
Semoga anak cepat sembuh
Sedih tengok, macam2 wayar
Sumber : Zalwani Zulkifli
No comments:
Post a Comment