“SETIAP kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti.
“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua. Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah,” kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengenai kontr0 versi melanda dirinya apabila didakwa berlaku cvrang terhadap isterinya Bella Astillah apabila menjalin hubungan dengan pelakon, Oktovia Manrose.
Aliff menerusi sesi video live di Instagram malam tadi tidak menafikan perkara yang berlaku dan mengakui ia kesilapan besar.
Menurut Aliff, status dimuat naik Bella adalah benar dan dia tidak menyalahkan tindakan isterinya itu.
“Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya.
“Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya.
“Nak cac!, mak! dan h4mun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu,” katanya.
Menurut Aliff, dia sedang cuba membetulkan semula keadaan dan masalah rumah tangganya.
“Soal hubungan dan rumah tangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya,” katanya.
Menurut Aliff, dia mengadakan sesi live itu bukan untuk menegakkan benang yang basah.
“Saya bukan nak cakap siapa yang salah. Malah banyak artikel keluar dan Via (Oktovia) pun sudah minta maaf dan tidak menafikan apa yang berlaku. Memang kami yang bersalah.
“Sekarang, saya cuba untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku. Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya. Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dih£ntam netizn,” katanya.
Menurut Aliff, dia tidak kisah jika selepas ini orang ramai masih terus bercakap mengenai dirinya terutama kontr0 versi yang berlaku.
“Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik,” katanya.
Menerusi sesi live itu, Aliff menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa status dimuat naik ibunya di laman sosial adalah untuk menutup kesalahan dirinya.
“Apa yang umi muat naik bersifat menyeluruh. Tidak ada kaitan langsung dengan Bella, malah jauh sekali nak menutup kesalahan saya.
“Saya lebih tahu umi macam mana. Kalau apa yang saya buat salah, dia akan tegur dan marah. Apabila, status berkenaan menimbulkan persepsi berbeza daripada netizn, ini yang perlu saya betulkan.
“Kasihan umi kena h£ntam dan kr!tik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya,” katanya.
rata2 netzn memang tidak bpuas hati dengan tindakan aliff yang sudah dberi peluang tp masih sia2kan…brikut antara komen netizn yg rata2 sgt kecewa…
bandingkan dengan pelakon2 popular yg hebat spt aeron aziz..
dulu pun sama siap buat sidang media.. tapi tetap buat jugak..
kesian dekat mak ayah nak hadap bend nie…
terdahulu…Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz
OKTOVIA Manrose memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz dan mengaku bersalah keluar dengan suami orang di IG Storynya.
“KEPADA Bella Astillah, saya tidak mahu menegakkan benang basah. Saya mahu minta maaf dengan apa yang berlaku,” tulis pelakon Oktovia Manrose di IG Story mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya terhadap kecvrangan Aliff Aziz, suami Bella.
Menerusi entri itu, Oktovia mengakui dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang dan memberikan apa-apa kenyataan mengenai kerana jelas dia yang bersalah.
“Apa yang berlaku memang sangat-sangat salah. Saya akui itu. Saya tidak patut keluar dengan suami orang.
“Saya tidak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana sudah terang saya yang salah.
“Saya tidak patut campur urusan awak dan suami. Saya tidak patut ceritakan hal rumah tangga awak. Saya harap awak dan Aliff boleh selesaikan dengan cara baik.
“Baik-baik bincang. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. Amin, InsyaAllah,” katanya.
Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menjelaskan dia berkelakuan sebegitu adalah disebabkan terk3jut dengan kata-kata kasar daripada netizn.
“Tadi saya jawab begitu kerana terkejut dengan k£caman netizn sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan, tetapi memang patut pun saya dapat semua itu.
“Hari ini adalah hari paling besar dalam hidup saya. Hidup paling bersejarah. Tidak terfikir dan rancang semua ini berlaku.
“Tapi, ia sudah terjadi. Saya sedar ini kekhilafan dari saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap,” katanya.
Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku cvrang dengan Oktovia serta turut memuatnaik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.
Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontr0 versi apabila didakwa berlaku cvrang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah bersama.
Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan. sumber harian metro
No comments:
Post a Comment