Terra2

Wednesday, 6 March 2019

'Mama, mai ambik adik' - Ibu mimpikan Nur Aisyah Aleya, rupa-rupanya anaknya sudah meninggal dunia ketika itu


Kata-kata budak lelaki berusia empat tahun bahawa anaknya sudah mati, membuatkan Rosmaliah Samo, 32, mengesyaki anaknya sudah meninggal dunia, pada 22 Februari lalu. 

Rosmaliah kemudian datang pada keesokan hari ke rumah pasangan terbabit di Kuarters Hospital Langkawi, kanak-kanak itu pula memberitahu Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, telah diserahkan bapanya kepada orang lain. 

Menurutnya, suspek ada datang ke tempat tinggalnya berhampiran tempat kerja dan berjumpa seperti biasa tetapi berdolak dalih memberitahu anaknya selamat dan dia akan bertemu dengan anaknya tidak lama lagi. 

Rosmaliah mengakui dia menjalinkan hubungan sulit dengan suspek selama empat bulan sebelum dibawa pulang ke rumahnya di kuarters itu

"Dia memperkenalkan saya sebagai rakannya kepada isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan," katanya. 

Sepanjang tinggal bersama, hubungan Rosmaliah dengan keluarga itu sangat baik. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila si isteri berjaya menghidu hubungan sulit mereka apabila Rosmaliah tersilap berbalas mesej WhatsApp dengan isteri teman lelakinya itu melalui telefon bimbit suspek
Susulan perbuatan mereka terbongkar, Rosmaliah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu sejak 27 Januari lalu dan bekerja di sebuah kedai makan. Sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bertemu dengan anaknya. 

Oleh kerana rindu mahu bertemu dengan anaknya, Rosmaliah pergi ke rumah pasangan itu pada 22 dan 23 Februari tetapi kecewa selepas dimaklumkan bahawa Aisyah tiada dalam jagaan mereka. 

Rosmaliah kemudian pergi ke Pulau Pinang dan kembali pada 28 Februari sebelum pasangan itu datang bertemu dan memujuknya untuk tinggal bersama. Tetapi, Rosmaliah enggan menerima pujukkan mereka kerana pasangan itu tidak memaklumkan di mana keberadaan anak perempuannya itu. 
Berkata kepada Harian Metro, Rosmaliah mendedahkan anaknya pernah ditampar dan dipukul beberapa kali di depan matanya sehingga mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh rokok di seluruh badan, selain kulitnya melecur seperti disiram air panas, sepanjang tinggal bersama keluarga itu

Rosmaliah pernah cuba melarikan diri tetapi gagal kerana pintu telah dikunci dengan mangga

"Isterinya pernah memberitahu yang suaminya pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters itu sebelum ini, menyebabkan saya tidak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu. 

"Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini," katanya. 

Rosmaliah hanya mengetahui pihak polis menemui cebisan rambut dan tengkorak selepas membaca perkembangan berita itu di portal Harian Metro pagi tadi dan terkejut dengan apa yang berlaku. 

Sebelum ini katanya, dia bermimpi anaknya datang kira-kira dua minggu lalu. Rupa-rupanya ketika itu anaknya sudah meninggal dunia. 

"Dalam mimpi saya, Aleya datang dan memberitahu "Mama mai ambik adik" dan tidak lama selepas itu, mimpi hilang menyebabkan saya tak sedap hati. 

"Selama ini Aleya tak pernah mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa lelaki itu dan mungkin itu alasan diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meninggal dunia," katanya yang dijangka akan melakukan ujian DNA di Hospital Langkawi esok untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Harian Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...