Terra2

Tuesday, 19 February 2019

Individu Bujang Turut Akan Terima Bantuan Sara Hidup RM100 Mac Ini



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Sara Hidup bagi individu bujang akan dibayar pada penghujung bulan Mac nanti.

Ia akan memanfaatkan lebih 3 juta individu dangan peruntukan sebanyak RM300 juta jelasnya.

"Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan BSH pada tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan telah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

"Namun begitu, Perdana Menteri telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.

Menurutnya, lantaran saranan tersebut, kerajaan telah memutuskan akan membuat bayaran sebanyak RM100 sebagai permulaan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...