Terra2

Wednesday, 2 January 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan


Tahun baru 2019 menyaksikan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan peraturan larangan merokok di semua kawasan tempat makan di seluruh negara. Larangan juga turut dikuatkuasakan kepada kesalahan menghisap rokok elektronik dan sisha.
Bagaimanapun, pada fasa pertama iaitu Fasa Penguatkuasaan Pendidikan ini KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan. Sebaliknya mereka yang didapatai melanggar peraturan baru tersebut akan diberi surat amaran serta amaran.
Sebaik sahaja tamat fasa pendidikan ini, KKM akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan baru berkenaan.
Hari pertama penguatkuasaam, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat. KKM dalam kenyataan yang sama turut menyebut bahawa kementerian menerima sokongan kuat daripada orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung penguatkuasaan peraturan tersebut.
Bagi memastikan peraturan ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya, Pegawai Kesihatan KKM turut akan dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan pemeriksaan.
Sumber: KKM

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...