Terra2

Thursday, 31 January 2019

“Makan Kat Kedai Sedap, Bila Bungkus Jadi Tak Sedap” – Inilah Ciri-Ciri Restoran Itu Ada Pelaris!


Bagi anda yang gemar makan di luar rumah, berhati-hati dalam mencari tempat makan kerana boleh jadi makanan yang anda makan itu mengandungi bahan pelaris.
Walaupun niat sebenar pengusaha kedai makan itu adalah agar pelanggan menyukai makanan yang dijualnya, namun tidak mustahil sekiranya proses pemasaran tersebut melibatkan jin peludah yang sangat menjijikkan.
Bahkan, penggunaan perkhidmatan makhluk jijik ini bukan sahaja pada gerai atau warung tepi jalan, tetapi juga berlaku dan digunakan di restoran-restoran besar.
Makhluk itu dipanggil jin peludah kerana sebelum ia akan meludah kepada sesuatu makanan itu sebelum disajikan kepada pelanggan, agar pelanggan akan merasa ketagih untuk kembali datang ke kedai makan itu.
Bukan itu sahaja, kadang-kadang jin peludah turut menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan yang mana proses ini dikatakan memberi tambahan perasa kepada makanan yang ingin disajikan.
Kesan kepada perkara ini adalah, walaupun ia membuat makanan itu menjadi lebih enak namun ia turut memberi tenaga negatif untuk memasuki tubuh badan orang yang memakannya lalu menyebabkan pelanggan berasa sakit perut dan muntah beberapa jam selepas memakannya.
Melalui satu perkongsian thread di laman Twitter @creepyposta, laman itu telah menjelaskan beberapa ciri kedai makan yang menggunakan khidmat jin peludah atau pelaris.
Baca thread penuh di bawah:
Namun begitu, penulis tidak ingin pembaca untuk terus memboikot kedai makan yang disyaki menggunakan khidmat hantu pelaris
Info tambahan:
Hati-hati memilih kedai makan!
Sumber: Says.com

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...