Terra2

Wednesday, 23 January 2019

Ibu terpaksa ‘tumpang’ makanan hospital kerana hanya ada RM100 nak jaga anak pecah u sus





BERBEKALKAN RM100 yang diberikan seorang rakan, pasangan penoreh getah ini menggunakan wang tersebut untuk menampung kos perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
Che Siti Zabidah Ismail, 51, dan suaminya Ab Rahim Ab Rahman, 64, menuju ke hospital tersebut selepas diberitahu bahawa anak perempuan mereka alami pecah usus akibat kemalangan jalan raya di Cameron Highlands.
Pasangan tersebut terpaksa bermalam di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang lebih sewaktu melawat anak mereka, Siti Nur Zulaihah, 22, di hospital itu.
“Selepas mengetahui kami berdua tidur di dalam kereta, syukur ada kawan suami yang bantu sewakan bilik di depan hospital pada harga RM50 satu malam.
“Kami berdua putus mata pencarian kerana tidak boleh keluar menoreh getah sejak memasuki musim hujan November lalu,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Insiden yang menimpa Siti Nur Zulaihah meraih perhatian netizen selepas ia dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @malaysiavirall pada Ahad.


Che Siti Zabidah dan suaminya, Ab Rahim berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka.
Posting tersebut mendapat lebih 1,700 ulang kicau dan lebih 500 tanda suka.
Siti Nur Zulaihah yang merupakan pekerja kedai makan di Cameron Highlands, terlibat dalam kemalangan pada 31 Disember lalu ketika membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya untuk pulang menyambut tahun baharu bersama keluarganya.
“Kawan dia beritahu ketika itu jalan licin dan motosikal pun hilang kawalan.
“Anak makcik melambung ke udara dan perutnya terhentak ke atas pembahagi jalan hingga menyebabkan ususnya pecah,” kata Che Siti Zabidah.
Jelasnya, memandangkan Hospital Raja Permaisuri Bainun tidak mempunyai pakar yang boleh merawat Siti Nur Zulaihah, anaknya itu terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Selasa.
Ketika anaknya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital tersebut, Che Siti Zabidah dan suaminya mengekori dengan menaiki kereta.


Usus Siti Nur Zulaihah pecah akibat terhentak pada pembahagi jalan ketika ditimpa kemalangan di Cameron Highlands.
Malangnya, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan kos untuk membaiki berjumlah RM390.
“Tak tahu nak korek mana lagi duit, terpaksalah tebalkan muka pinjam duit dengan saudara-mara.
“Nanti bila cuaca dah baik, kami akan cuba bayar semula wang yang dipinjam bila keluar menoreh getah,” ujarnya yang amat merindui anaknya yang disifatkan amat periang itu.
Buat sementara waktu, mereka terpaksa ‘ikat perut’ untuk berjimat-cermat dengan wang yang ada.
Menurut ibu kepada lapan anak tersebut, kadang-kadang dia mengalas perut dengan makan hidangan hospital yang disediakan untuk anak perempuannya itu.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bapa Siti Nur Zulaihah, Ab Rahim di talian 017-940 2754.
sumber: Mstar

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...