Terra2

Wednesday, 7 November 2018

Netizen Kutuk Maszlee ‘Jahil’ RMT Wujud Sejak 1979

Malah Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hantarannya dalam akaun sosial Facebook turut sindir Maszlee kerana enggan akui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah pun dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sejak 1979 lagi.
Bekas perdana menteri dan pernah dilantik sebagai menteri pendidikan dari 1995 hingga 2000 itu berpendapat Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut perlu lebih beri tumpuan untuk faham operasi dalam kementerian berkenaan.
“Mungkin beliau terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar, beliau tidak perasan kerajaan PH (Pakatan Harapan) sendiri sudah potong peruntukan untuk skim RMT dalam Belanjawan 2019 sebanyak hampir RM10 juta.
“Tidak payah ke Jepun hendak tahu atau belajar perkara macam ni. Tidak perlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa fahami operasi kementerian,”kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam nada sinis merujuk lawatan Maszlee ke Jepun.
Semalam, Maszlee yang mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun mencadangkan skim sarapan pagi percuma bagi bantu murid dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.
Idea itu tercetus hasil lawatan beliau selama tiga jam ke sebuah sekolah awam, Itabashi Daiichi Elementary School di Itabashi-ku, Tokyo kelmarin yang menyediakan sarapan bagi murid miskin tidak berasa lapar sepanjang di kelas.
“Lawatan ini beri peluang untuk tahu sendiri kaedah pembelajaran bagi lahir generasi karakter baik. Kementerian juga berhasrat pupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika lagi hingga pendidikan tinggi,” katanya.
“Kita (BN) beri RM2.50 seorang murid sehari untuk sekolah Semenanjung Malaysia dan RM3.00 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?” sindir Najib terhadap Maszlee.
Untuk rekod, bekas menteri kewangan itu ketika bentang Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017 telah sedia dana RM299,974,900 untuk RMT berbanding Belanjawan 2019 oleh Lim Guan Eng hanya RM289,00,000.
Kata-kata Najib itu turut diakui ramai pengikut Facebooknya sekali gus ada netizen meninggalkan komen tidak puas hati terhadap kenyataan Maszlee kerana pihak kementerian tersebut di bawah BN lebih prihatin dengan dana besar.
“Pelik… dia (Maszlee) kalau umur sebaya saya, dalam 40-an… takkan tidak tahu RMT sudah lama… hairan dan menghairankan,” kata seorang pengguna media sosial yang bernama Zila Sha.
“Itulah namanya menteri bongok… tidak ada langsung idea yang bernas untuk bidang pendidikan dan guru-guru,” sindir netizen tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Abbas El-aqqad.
“Dah bertahun RMT dilakukan, menteri ‘copy and paste’ mengaku pula idea sendiri,” kata Mokhtar Dollah yang turut senada dengan Ahmad Zakariah Mohd: “Hahaha… bodoh punya menteri!!! kasi malu jer…”
“Terima kasih DSNR. Pada zaman saya di sekolah rendah tahun 1970-an sudah ada RMT. Pada pendapat saya tidak perlulah menteri kasut hitam pergi ke negara matahari terbit untuk ‘canang’ tentang RMT,” kata Man Bola.
“Sindiran tajam DSNR untuk kerajaan PH terutama menteri kasut. Setakat ini, Maszlee tiada nampak hasil kerja, setelah 6 bulan jadi menteri. Sama menteri lain. Hanya tahu cakap sahaja daripada buat kerja,” kata Isham Irwan.
“Terbaik DSN. Semua maklumat kementerian di bawah pemerintahan dulu DSN tahu,” puji Salamah Abdul Aziz disokong Roshaiza Husni: Deep Sir. Saya rasa pak menteri kena kaji otak mereka dahulu sebelum kaji perkara lain.”
Untuk rekod, sejak tahun 2014 sehingga Mac 2018 lalu, seramai 2,607,617 murid sekolah rendah di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada RMT yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan BN. – Agensi/Mynewshub.TV
*Video arkib Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengulas mengenai isu RMT.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...