Terra2

Monday, 19 November 2018

Isu video rasis, Waytha Moorthy tak perlu minta maaf – Mujahid


Kerajaan tidak harus dibebankan dengan pandangan lama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkaitan dakwaan diskriminasi kaum yang tular kembali baru-baru ini, kata Mujahid Yusof.
Menteri agama berkata pandangan itu tidak mewakili pendirian kerajaan baru dan seperti menteri lain, Waytha Moorthy juga kini bertanggungjawab memperjuangkan dasar-dasar kerajaan.
Mujahid menegaskan pendirian kerajaan mempertahankan kedudukan Islam, kebebasan beragama tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak bumiputera.
“Jadi apa sahaja pendirian sama ada seorang itu nyatakan sebelum ini atau selepas ini, kami (kerajaan) tidak bertanggungjawab,” katanya.
Waytha Moorthy semalam berkata klip video yang digunakan untuk menuduhnya merosakkan nama Malaysia adalah rakaman 10 tahun lalu yang kini mempunyai konteks berbeza.
Waytha Moorthy dalam klip video berkenaan mengkritik apa yang menurutnya diskriminasi terhadap golongan minoriti, terutamanya masyarakat India di Malaysia.
Sementara itu, ditanya pemberita sama ada Waytha Moorthy patut memohon maaf, Mujahid sekali lagi berkata kenyataan itu dibuat beberapa tahun lalu atas kapasiti peribadi.
“Kenapa kita hendak dibebankan dengan pandangan peribadi itu,” katanya lagi.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...