Terra2

Wednesday, 24 October 2018

‘Tinggal di stor berdekatan tangki najis, namun berjaya jaga kebersihan.’




Pagi ini telah tular kisah tentang seorang ibu dan empat orang anaknya yang terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai selepas bercerai dengan suaminya pada bulan Januari lalu.

Lebih menyedihkan lagi apabila tempat berteduhnya itu terletak berdekatan dengan tangki najis. Kisah ibu tunggal ini telah mendapat perhatian akhbar Sinar Harian yang telah melawat mereka.

Setelah kisah ini tular, netizen mula meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan ibu tunggal yang dikenali sebagai Najwa Lipayang dan anak-anaknya ini.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah, walaupun Najwa dan anak-anaknya tinggal di dalam sebuah stor yang kecil, namun keadaan tempat tinggal mereka sungguh bersih dan teratur.

Ibu ini akan sentiasa pastikan ruang stor bersih
Baju derma pemberian digantung dengan tersusun



Ibu tunggal ini bersama anaknya



Setiap baju derma akan diletakkan di dalam plastik


Menurut laporan daripada Sinar Harian, ibu tunggal yang berasal dari Thailand ini sangat menitik beratkan kebersihan rumah. Baju yang didermakan orang ramai kepadanya sentiasa berada dalam keadaan tersusun.

Najwa memberitahu, dirinya suka mengemas rumah dan berpakaian kemas sejak dahulu lagi, namun apabila diberitahu bahawa dia orang susah, ramai yang tidak mempercayai disebabkan pemakaiannya yang kemas.



Menurutnya lagi, setiap baju yang didermakan orang ramai dia akan meletakkan di dalam plastik bagi mengelakkan habuk dan kotoran. Dia juga bimbang jika anaknya mendapat penyakit jika dia tidak menjaga kebersihan.

Walau kekurangan, tetap jaga kebersihan


Rata-rata netizen memuji ibu tunggal ini yang disifatkan seorang yang terpuji. Kebiasaannya jika muncul berita tentang kemiskinan, pasti keadaan kediaman tidak dijaga dengan baik, namun ia sebaliknya bagi Najwa dan anak-anak.


Bekas laki mana? Tolong bertanggungjawab!


Walau bagaimanapun ada netizen yang menyelar sikap bekas suami Najwa yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan Najwa dan anak-anak hilang tempat berteduh.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...