
Pesawat Lion Air JT-610 dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam kira-kira 6.20 pagi tadi. Pesawat itu didakwa menuju ke destinasi Pangkal Pinang, Belitung bersama 181 penumpang dan 7 anak kapal.
CUBA BERPATAH BALIK
Menurut laporan terkini dari BH Online mendakwa pesawat itu cuba berpatah balik ke ibu negara dan mendapat kebenaran dari pejabat kawalan trafik udara, namun terputus hubungan 13 minit selepas meniinggalkan lapangan terbang itu.
MAYAT PERTAMA DIJUMPAI
MaYAT seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Kompas TV melaporkan, mayat terbabit ditemui oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI).
“Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang m@ngsa ditemui,” kata Adi Wahadi yang bersama pasukan Polis Air Indonesia (POLAIR) ke lokasi.
Menurutnya, mayat sudah diambil dan dalam proses untuk dikenal pasti identiti m@ngsa.
Pada masa sama, mereka turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik m@ngsa seperti beg tangan.
Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian.
Allahu, Cebisan mayat terapung
ANGGOTA penyelamat yang tiba di lokasi pesawat Lion Air yang terhempas menemui serpihan kapal terbang bersama cebisan badan manusia serta telefon bimbit yang terapung di lautan.
Ketua Badan Pasukan Mencari Menyelamat Nasional (Basrnas), M Syaugi yang dipetik Tribun News mengesahkan penemuan berkenaan dalam satu sidang media.
“Apabila tiba di lokasi anggota kami menemui pelampung, bagasi, telefon bimbit dan cebisan m@yat manusia dipercayai m@ngsa kemalangan ini.
“Kami turut menemui serpihan pesawat yang hancur,” katanya.
Pesawat Lion Air JT 610 terhempas di sekitar perairan Daerah Karawang beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di Bangka Belitung pada pagi tadi.
Semua 188 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boieng 737 itu dipercayai terbunuh dalam nahas berkenaan.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment