Terra2

Wednesday, 3 October 2018

Terbelit Tali & Pusaran Air Disyaki Punca Enam Anggota Bomba Lemas


Dilaporkan seramai enam anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terkorban dalam misi menyelamat remaja 17 tahun yang terjatuh di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid memberitahu ketika kejadian hujan lebat menyebabkan pusaran air terbentuk dan mereka lemas ketika bergelut untuk keluar.

Bergelut keluar dari pusaran air

Ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Serdang, Mohammad Hamdan berkata lagi terdapat penghadang banjir di lokasi dan hujan yang lebat mengakibatkan aliran air deras dan melimpah ke tebing.
Terdapat pusaran di kawasan terbabit dan anggota di tebing nampak kesemua mangsa bergelut untuk keluar dari pusaran itu.
Anggota di lokasi cuba mengeluarkan kesemua mangsa dan bantuan kecemasan turut diberikan namun kesemuanya gagal diselamatkan.
Kita dapati terdapat penghadang banjir di lokasi dan hujan yang lebat mengakibatkan aliran air deras dan melimpah ke tebing.
Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan dalaman supaya dapat elakkan kejadian ini daripada berulang pada masa akan datang.
Kejadian ini sememangnya amat tidak dijangka dan kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ini.
Pertama kejadian sebegini berlaku selepas kami pernah kehilangan dua penyelam di dasar laut beberapa tahun lalu.

Arus terlalu deras

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali pula berkata ketika kejadian, enam mangsa yang baru lima minit berada di dalam air lemas akibat terbelit tali di dasar.
Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal.
Anggota bomba yang berada di tebing berusaha menarik tali yang mengikat badan mangsa ke tebing namun tidak berjaya kerana arus terlalu kuat. Selepas 30 minit mereka berhasil menarik mangsa pertama diikuti mangsa lain.
Bagaimanapun, ketika dibawa naik ke tebing, semua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Anggota paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia.
Empat anggota PPDA Pelabuhan Klang yang lemas adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman,33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari,25 adalah anggota PPDA Shah Alam.
Pengebumian akan dilaksanakan di lokasi masing-masing dan setiap balai yang terbabit akan bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan bagi melancarkan urusan.
Setakat malam tadi, remaja yang hilang masih belum dijumpai dan operasi disambung pada jam 8 pagi oleh bomba dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang.
The following two tabs change content below.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...