Terra2

Thursday, 18 October 2018

Guna Buah Busuk Buat Jus, Restoran Mamak Teluk Intan Diarah Tutup

Sebuah restoran mamak di Teluk Intan diarah tutup selama 14 hari untuk proses pembersihan kedai yang didapati kotor terutama dibahagian dapur restoran dengan kehadiran lipas dan tikus yang berkeliaran.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam satu operasi turut menjumpai buah-buahan busuk yang berada di bahagian membuat minuman.  Selepas siasatan lanjut dijalankan, mereka mendapati bahawa buah-buah busuk itu digunakan untuk membuat air dan dihidangkan kepada pelanggan.
Selain dapur dan kaunter makanan, pegawai yang terlibat turut menjumpai peralatan restoran seperti sudu tidak dibasuh dengan bersih serta dibiarkan merata-merata.
Sehubungan dengan itu, restoran mamak diarahkan tutup selama 14 hari sehingga dibersihkan sepenuhnya.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, jika keadaan restoran masih sama, penutupan kedai akan diteruskan selama 14 hari lagi sehingga restoran diklasifikasi bersih dan selamat untuk pelanggan mengunjunginya.
Sumber: siakapkeli

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...