Setiap kanak-kanak perlu mengambil vaksin yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit dan sebagainya, kerana sistem imunisasi kanak-kanak yang belum kuat.
Namun ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak menghiraukan tentang kepentingan pengambilan vaksin, mereka ini dikenali sebagai golongan anti-vaksin.
Berikutan itu, baru-baru ini ada seorang pengguna Facebook, Hazwani Raffar telah berkongsi status seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Zainal yang mengeluarkan kenyataan tentang vaksin HPV akan menyebabkan kanak-kanak perempuan cepat mengawan dan teransang.
Jangan ambik vaksin HPV, nanti cepat mengawan
Budak sejak sekolah rendah dah buat seks?
Budak gatal nak kahwin awal sebab vaksin
Cepat2 detox anak kalau dah terambil vaksin
Dakyah apa kau bawak ni kak?
Sebar maklumat salah
Perkongsian daripada wanita ini telah tular di laman sosial, kerana dia didakwa menyebarkan fahaman yang salah kepada orang ramai. Namun malangnya ada juga dalam kalangan netizen yang terpedaya dengan kenyataan wanita ini.
Macam mana nak detox balik vaksin sis?
Ada juga netizen yang bertanya cara untuk menghapuskan vaksin HPV, sekiranya anak perempuannya sudah terlanjur mengambilnya.
Sebenarnya, sekiranya kita bukanlah pakar dalam sesuatu bidang, janganlah kita mempengaruhi orang lain dengan fahaman analisa kita sendiri kerana ia akan mendatangkan banyak kemudaratan.
Sumber: Facebook Hazwani Raffar











No comments:
Post a Comment