Terra2

Tuesday, 16 October 2018

“Daging Berproses Boleh Menyebabkan Kanser Payudara” – Pakar





Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kempen Payudara dan disambut setiap tahun supaya dapat mengingatkan setiap wanita bahawa pentingnya untuk menjalani pemeriksaan payudara secara berkala. Adalah penting juga untuk para wanita tahu bahawa antara punca utama terjadinya kanser payudara ini datangnya dari pemakanan kita sendiri. Apa yang diterangkan oleh pakar ini pastinya bakal mengejutkan ramai kerana ini adalah makanan yang kita selalu makan!

DAGING BERPROSES BOLEH MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA


Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
DALAM KAJIAN YANG DIBUAT DI BRITAIN:
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit. Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu. Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.

BERAPA BANYAK PENGAMBILAN DAGING BERPROSES YANG DIBENARKAN?

Saya mencadangkan agar kita mengelakkan pengambilan daging berproses, kecuali kita tiada pilihan lain. Pengambilan daging berproses sebanyak 9g atau lebih selama dua hari dalam seminggu, dianggap sebagai pengambilan yang berlebihan. Dalam kajian terdahulu, di United Kingdom kira-kira 14 dari 100 wanita di sana akan mengalami penyakit kanser payudara sepanjang hidup mereka. Penambahan 9% risiko akibat mengambil daging berproses akan menyebabkan penambahan satu lagi dari kes dalam setiap 100 orang wanita.
Namun begitu harus difahamkan, bahawa memakan daging merah dan memakan daging berproses adalah dua keadaan yang berbeza, walaupun kebanyakan daging berproses adalah daging merah. Dalam kajian yang dijalankan dan diterbitkan dalam International Journal of Cancer, risiko ini hanya berlaku pada wanita yang mengambil daging berproses, bukannya mengambil daging merah.
WHO sendiri menyenaraikan daging berproses sebagai faktor penyebab kanser yang menjadi punca utama penyakit kanser usus besar (kolon). WHO juga memberitahu daging merah itu sendiri mungkin penyebab kanser (red meat is “probably carcinogenic”).

APAKAH ITU DAGING BERPROSES?

Ia adalah daging yang telah menjalani proses di kilang bagi melambatkan kerosakan pada daging itu dengan menambahkan bahan pengawet, atau mengubah rasa daging itu dengan menambah perasa atau menampakkan daging tersebut lebih cantik dengan menambah pewarna agar daging tersebut nampak masih merah walaupun telah dikeluarkan lebih dari sebulan. Ini termasuk bacon, sausej, hot dogs, salami, daging burger dan seangkatan dengannya.
Bagaimana daging berproses ini menyebabkan kanser? Bahan-bahan kimia yang ditambah seperti pengawet, perasa dan pewarna adalah bahan yang bahaya jika diambil secara berterusan dalam makanan yang berproses. Dengan menambahkan bahan-bahan itu pada daging merah, bahan-bahan ini berinteraksi dengan protein pada daging sehingga menyebabkan daging berproses ini menjadi karsinogenik. Karsinogenik adalah bahan yang merangsang terjadinya kanser.
Perlukah kita menghentikan pengambilan daging berproses? Pakar Perubatan Masyarakat Dr Maryam Farvid, dari Harvard TH Chan School of Public Health di Amerika Syarikat mencadangkan agar kita mengurangkan pengambilannya, jika tidak mampu menghentikannya.
Beliau memberitahu pengambilan daging merah dan daging berproses tidak melebihi 70g sehari. Pada pendapat saya sendiri, semakin kita menghindari makanan yang berasaskan daging berproses ini semakin rendah kita mengalami penyakit kanser payudara ini.
Kita harus melatih keluarga terutamanya anak-anak kita, agar mengurangkan pengambilan makanan berproses terutamanya dagng berproses kerana ia bukan saja boleh menyebabkan kanser payudara tetapi juga kanser colon.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...