Kerja sebagai runner yang menyediakan servis mengambil dan menghantar barang bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap hari ada sahaja kerenah pelanggan yang memeningkan kepala, ada juga yang mengambil kesempatan dengan tidak membayar perkhidmatan.
Seperti yang dikongsi runner ini, selepas barang selamat dihantar pelanggan tidak membayar caj yang dikenakan. Bukan banyak pun, RM10 je.. Alahai.
Bukan sekali saya ditipu
Harap, akak ni bacalah status saya, 2 hari lepas akak ni whatsap saya, mintak amik barang kat pejabat pos. Kebiasaannya saya akan cas RM10 sekitar pasir gudang. RM10 tu saya cas minyak saya, upah beratur, maintanance motor, dan insurans sendiri, dia mintak kurang RM5, maaf ye kak, RM5 minyak moto saya, tak bergajilah saya jawabnya, akhirnya akak tu pun setuju.
Ok onn, urgent punye pasal, hujan pun jalan, lepas settle amik barang, akak ni suruh hantar ke rumah, dan akan transfer ke bank waktu malam , dia ada kat kampung, line tak berapa baik. Ok saya letak kat dalam rumah, malam setiap jam saya check acc bank, tak masuk jugak, pagi check tak masuk jugak, whatsap tak berbalas, petang tadi ke rumah dia semula, alhamdulilah dah balik, kereta pun ada.yahoo.

Beri salam, assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm..
Tak berjawab 15 minit, goncang pagar pulak, tak jawab jugak, pergi rumah jiran sebelah, jiran sebelah cakap ada kat dalam rumah tu. Ok, saya dah pesan kat jiran, kalau jumpa akak, runner datang rumah tadi, kalau akak ada niat nak bayar, whatsap lah saya, bukan nilai RM10 yang diambil kira, tapi kerja saya ni memang perlukan upah, bukan sekali saya ditipu, minggu ni je dah 3 kes sama, memang betul ada yang cakap kena bank in dulu baru terima tugas, tapi kadang-kadang saya memang kena guna budi bicara sendiri, kalau tak, saya takkan bertahan lama jadi runner, jangan anggap saya runner, pandang saya ni sebelah mata..

Karangan khas untuk 24 customer saya sepanjang 3 tahun
(gambar lama ihsan RTM)
(gambar lama ihsan RTM)
Cas berlainan ikut jarak perjalanan
Gambar ni gambar yg pertama aku ambil, masa ni muka suci je, tak pernah kena panas, muka pun plowles je gitu, stokin pun pinjam akak punye..hahaha. Memilih jalan nak jadi runner, hmm.. Boleh ke ni? Kerja dah mcam-macam kerja, kilang kat PG ni dah bersepah keluar masuk, ahh pedulik aku, tak yah nk fikir panjang dah.
Bukan senang mula-mula nak cari pelanggan, ingat lagi hari pertama mula, facebook ni la tempat beriklan, dapat 1 pelanggan hari pertama, dia punye gembira bukan main lagi, haha.. Dari PG ke Taman Molek, aku cas rm8, balik dari Taman Molek je kena tuang minyak RM5, dapat la upah 2 jam punye kerja RM3, hahaha salah aku jugak main bedal je letak harga, syukur je la ape yg dapat, hari kedua gaji dah up skit, RM15, dan hari2 berikut aku tetap setia menunggu pelanggan, kalau sunyi je, kena la iklan kat fb atau page komuniti setempat..
Bukan sikit aku kena uji masa mula runner , mula-mula kena viral , ada pelanggan cakap aku ni runner nak cepat kaya, cekik darah nak cepat pergi haji, selang beberape bulan, motor pulak kena bakar bukan sebiji, 3 biji sekali dengan kereta yg baru je pakai seminggu, Allah.. berat betul dugaan masa ni, dah terfikir jatuh terduduk dah, tapi allah masih tunjukkan jalan.
Sampailah sekarang tahun ke 4 dah, alhamdulilah, Tuhan sebaik-baik perancang, aku masih lagi runner, ada yang mula risau nak panggil aku runner, kenape ni? Aku sama je macam dulu, takde pun yang lain, harga tetap sama, takde pun harga yahudi, cuma aku amik cas berlainan ikut jarak perjalanan, cas runner pun aku cas ikut kenderaan yang aku guna, boleh pakai motor, aku naik motor, kena guna kereta aku pakai kereta, tak muat pakai kereta, aku pakai pickup, jadi cas dia berlainan lah skit, jangan lah cakap aku cekik darah, hehehe.. Aku nak isi minyak lagi, motor kereta nk kena cukai jalan, tak masuk maintanance lagi, aku ni kerja sendiri, apa-apa jadi kemalangan ke, memang kena settle sendiri, kalau silap langkah, nyawa pun boleh pergi, harap la semua dipermudahkan.
Yang mane tak jumpe lagi kerja, eloklah start macam aku mula-mula menganggur dulu, tips semua boleh je kita share sama.
Terima kasih ye semua yg support aku sehingga hari ni.
Terima kasih ye semua yg support aku sehingga hari ni.
Sumber : Izham Tarmizi
No comments:
Post a Comment