Impian seorang isteri untuk hidup bahagia bersama suami tersayang musnah apabila suami meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Tambah memilukan apabila pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu dan kini isteri sedang hamil.
Di Facebook, isteri meluahkan rasa pilu dan berjanji menjaga ‘hadiah’ terakhir sebaiknya.
Suami maut kemalangan
Allah bagi chance 2 bulan lebih ja
Belum puas aku menagih kasih, belum puas aku mengadu domba, belum puas berkasih sayang dengan kamu, abiy. Allahu. Rasa macam semalam ja kita sah halal suami isteri. Kenal dah 10 tahun tapi Allah bagi chance 2 bulan lebih ja bermanja dengan abiyyy.Tapi Allah tu adil. Dia dah tiupkan 1 lagi nyawa dalam rahim syg bukti kasih sayang kita. Ingat dak syg pernah janji apa pun jadi syg wajib jaga anak abiy nii. Satu-satunya harta ibu n abah kat dunia ni. Abiy nak sangat teman syg buat buku, checkup semua. Sebab ni zuriat yang abiy tunggu-tunggu selama kita nikah. Ni ja kenangan untuk syg smpai mati. Terima kasih abiy bagi peluang syg mengandungkan anak abiy.
‘Menangis la syg.. abiy adaaa’
Syg ingat lagi Masa abiy tengok syg, syg rasa syg lah yg paling cantik, masa abiy puji syg, syg la insan yg paling bahagia. Abiy selalu layan syg mcm puteri, syg lenguh ja abiy urutkan, nak tidur pon abiy kena dodoi dulu. Manja sgt sebulan akhir2 ni. Cengeng pulak tu, kerja nk nangis jaa. Sampai abiy hairan apa lah salah abiy buat smpai syg nangis.Last masa nak hantar abiy balik JB Sabtu lepas, syg nangis. Selalunya abiy larang “syg jgn nangis nanti abiy nangis sekali” tapi hari tu abiy cakap “syg, nangis la puas2 sebab lepas ni abiy dah tak boleh nak sapu airmata syg, menangis la syg.. abiy adaaa” Masa tu syg la org paling tak malu sebab menangis macam org tak betul. Rupanya abiy nak bgtau yg abiy dah nak pergi jauh sgt dari sygg.Damailah abiy kat sana. Abiy hensem sangat pakai baju putih baju last atas dunia nii. Tak puas syg peluk abiy tak puas syg kucup abiy. Syg janji syg jadi isteri yg terbaik walaupun syg dh tak mampu berkhidmat untuk abiy kat dunia nii.. Abiy dah pindah masuk rumah baru. Tunggu sayang tau. Moga ada peluang kita bercinta semula di sana.
Sumber : Nursyafira Nasir
No comments:
Post a Comment