Terra2

Wednesday, 5 September 2018

Terpaksa Batalkan Perkahwinan Kerana Adik..


Nasib tidak menyebelahi buat gadis ini apabila terpaksa batalkan perkahwinan saat akhir. Dia yang sepatutnya nikah berwalikan adiknya sendiri terpaksa melupakan hasrat itu apabila adiknya itu tidak hadir pada tarikh sepatutnya dia melangsungkan perkahwinan.
Menurut gadis ini, adiknya itu pernah berjanji untuk balik menjadi wali namun tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.

Adik tidak hadir dan terpaksa batalkan majlis kahwin

Persiapan majlis akad nikah sudah dibuat, namun adik tidak hadir menyebabkan perkahwinan saya terpaksa dibatalkan. Adik terpaksa menjadi wali saya kerana ayah, Razali Wan Nik, sudah lama meninggal dan kali terakhir saya menghubungi adik pada 30 Julai lalu.
Adik terpaksa menjadi wali saya kerana ayah, Razali Wan Nik, sudah lama meninggal dan kali terakhir saya menghubungi adik pada 30 Julai lalu. Dia memberitahu bersetuju mewalikan perkahwinan saya dan berjanji akan pulang ke kampung pada 31 Julai.
Menerusi Harian Metro, gadis yang dikenali sebagai Nur Nasoha Nabila Annas Razali meminta orang ramai supaya dapat mengesan adik kandungnya, Muhammad Firdaus Razali bagi mewalikan perkahwinannya itu selepas walinya itu gagal hadir pada majlis perkahwinannya, 1 Ogos lalu.

Adik berhenti kerja

Keesokan harinya, saya ditemani bakal suami pergi ke Genting Highlands mencari adik saya, namun kami kecewa apabila dimaklumkan adik sudah berhenti kerja.
Kami hanya tiga beradik dan kami tidak pernah bergaduh atau ada perselisihan faham dan sehingga kini kehilangannya menjadi tanda tanya. Saya sudah mengadukan perkara itu kepada Mahkamah Syariah Daerah Dungun dan perlu mencari adik termasuk menyiarkannya di akhbar untuk meneruskan urusan seterusnya.
Menurutnya lagi, adiknya tidak muncul menyebabkan dia terpaksa membatalkan perkahwinan dan menukar kepada majlis kenduri kecil dengan menjemput jiran dan jemaah masjid sahaja. Dia meminta orang ramai yang menemui atau mengenali adiknya itu supaya menghubunginya di talian 017-9017123.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...