Diberitakan Penyanyi dangdut Indonesia iaitu Lucinta Luna yang berduet dengan Sajat dan Aliff Syukri dilaporkan mahu membeli rumah di Malaysia dan berpindah ke negara ini, lapor wartawan tempatan.
Apa yang menariknya di sini adalah pendedahan Lucinta itu membuatkan netizen di Indonesia bersorak gembira dan memintanya mempercepatkan proses perpindahan itu serta usah kembali lagi ke Indonesia.
Lucinta yang baru saja mengeluarkan single Semalam Bobo Dimana, nyanyiannya bersama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat, menjadi subjek dikecam netizen kebelakangan ini kerana lagu tersebut yang dianggap sebagai mempromosi aktiviti yang kurang sihat.
Sebenarnya Lucinta juga didakwa sebagai lelaki bernama Fattah sebelum selesai menjalani pembedahan menukar jantina bagaimanapun dia menafikan dakwaan itu. Tetapi seringkali memberikan pelbagai alasan apabila diminta ditunjukkan kad pengenalannya oleh wartawan.
Dalam isu terbaru ini di khabarkan, Lucinta sudah membuat pengakuan bahawa dia telah 'diklaim' oleh Malaysia dan mengaku mahu membeli rumah dan berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Netizen Indonesia rata-rata menyambut baik keputusan Lucinta dan meminta dia pindah secepat mungkin dan tidak lagi kembali ke Indonesia.
Bagaimanapun, Lucinta enggan melayani komen negatif terhadap dirinya itu. Malah dia gembira semakin ramai yang membenci dirinya yang secara tidak langsung membuatkan dirinya semakin dikenali dan popular.
No comments:
Post a Comment