Gara-gara memuat naik foto penyanyi Ismail Izzani bersama teman baiknya pelakonZarina Anjoulie di Instagram, pelakon Fathia Latiff dikaitkan pula dengan dakwaan mengatakan dia menjalin hubungan dengan penyanyi remaja itu.
Bagaimanapun, Fathia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan sebab sebenar mengapa dia memuat naik gambar kontroversi itu di akaun Instagramnya.
“Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya. Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.
“Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan ada hubungan dengan Ismail,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fathia lagi, dia tidak akan berkawan dengan budak mentah dan penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa itu juga tidak memenuhi ciri-ciri teman lelaki idamannya.
“Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail,” ujarnya lagi.
Tidak mahu terus dikaitkan dengan Ismail, Fathia meminta untuk bertanyakan kepada Zarina sendiri mengenai foto mesra tular itu serta tentang apa yang berlaku antara beliau dan Ismail.
- SUMBER
- HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment