Beberapa hari ini viral di laman sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang remaja merompak di sebuah dobi layan diri bersenjatakan sebilah parang. Mangsa dalam kejadian itu adalah seorang wanita pertengahan usia yang ketakutan setelah diacukan senjata berkenaan.
Tidak sampai 2 hari, suspek menyerah diri di balai polis setelah dipujuk oleh ahli keluarganya sendiri.
Terkedu tengok anak viral di FB
Menurut laporan Harian Metro, ibu suspek yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut setelah dihubungi seorang lagi anaknya di Kuala Lumpur yang memintanya melihat Facebook setelah melihat abangnya viral.
Setelah membuka FB, dia terus terkelu dan mengambil cuti dan pulang dari Kuala Lumpur ke Taiping menaiki bas.
Saya diberitahu anak berada di rumah rakan adiknya di Taiping dan terus ke sana sebelum memujuk dan menasihatnya supaya menyerah diri kepada polis sehingga akhirnya dia bersetuju.Apa yang dilakukan anak saya itu salah dan biarlah undang-undang hukum, saya dah pasrah…namun biarpun kecewa dengan tindakannya itu saya tetap mahu dia kembali menjadi manusia berguna.
Harap jadi pengajaran
Tambah wanita itu lagi, tindakannya menyerah sendiri si anak kepada pihak polis tidak membuatkan dirinya kesal memandangkan dia sedar tindakan anaknya itu salah.
Dia turut meluahkan rasa sedih kerana anaknya ada menelefon meminta wang namun dia masih belum gaji sekaligus tidak dapat membantu.
Saya nekad dan tidak kesal sama sekali serah anak (suspek) kepada polis kerana apa yang dilakukannya adalah salah. Saya berasa sedih kerana minggu lalu dia ada menelefon meminta wang, namun ketika itu saya belum menerima gaji lagi dan tidak dapat membantunya.Biarlah ia menjadi satu pengajaran dan berharap dia insaf dengan apa yang dilakukanya selepas ini.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment