Terra2

Sunday, 23 September 2018

”Ini Yang Anak-Anak Melayu Belajar Di Sekolah?”, Siti Kasim Minta Menteri Semak Silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Peguam kontroversi dan juga aktivis masyarakat, Siti Kassim melalui beberapa siri kemas kini di laman facebooknya meminta kerajaan melalui Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik untuk melihat kembali silibus subjek Pendidikan Islam Tingkatan Lima yang sedang diguna pakai ketika ini.
Dalam salah satu kemas kininya, Siti Kassim berkongsi satu gambar membabitkan sub topik murtad dan hukuman bunuh yang didakwanya dihantar oleh salah seorang pelajar Tingkatan Lima kepadanya.
”Sejak tersebarnya berita mengenai seorang isteri yang dipukul, seorang pelajar Tingkaman Lima mengirim pesanan kepada saya dan berkongsi gambar ini. Sekarang, tolong beritahu saya sama ada ini betul atau salah?
”Tolonglah Dr. Mazlee, anda perlu melihat silibus Pendidikan Islam kembali. Ini sangat mengerikan,” katanya.

Berdasarkan gambar berkenaan, rasional hukuman bunuh terhadap orang murtad adalah :

1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan.
2. Mengelak daripada orang murtad mempengaruhi orang Islam lain mengikut jejak langkahnya.
3. Sebagai satu cara untuk menghalang tindakan merendah dan memburukkan agama Islam.
4. Mengelak perbuatan riddah daripada berleluasan yang boleh mencemarkan kesucian Islam.
Melalui perkongsian yang lain, Siti Kasim juga turut membangkit persoalan mengenai soalan peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 1 September/Oktober yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor mengenai subtopik “cara memukul isteri yang nusyuz”.
”Adakah ini yang pelajar-pelajar Melayu belajar di sekolah? Apakah ini Dr. Mazlee? Sampah apa yang kita ajar pada anak-anak kita ini?” katanya lagi.
Perkongsian berkenaan disambut oleh Dr. Mazlee yang dibalasnya melalui satu tweet di Twitter.

”Terima kasih atas keprihatinan dan membawa perkara ini untuk makluman saya. Saya akan ambil tindakan bagi meneliti perkara ini,” kata beliau.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...