Hancur hati seorang isteri apabila lelaki yang dikejar serta dipukul oleh orang ramai ketika berada di pasar, rupanya-rupanya adalah suaminya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Pasar Tamu Putatan, Penampang. Suspek dipercayai cuba menyeluk beg duit seorang wanita namun rancangannya terbantut apabila dia ditangkap oleh orang ramai selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.
Suami dikejar & dibelasah
Mungkin kerana terdesak serta kesempitan hidup, seorang lelaki cuba menyeluk beg duit seorang wanita di Pasar Tamu Putatan, di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Suspek telah dikejar, dibelasah dan diikat oleh orang ramai sehingga lah seorang wanita menghampiri dan memeluk suspek sambil merintih;
Kenapa sayang buat macam ini? Sepatutnya sayang di rumah waktu ini.
Wanita itu dipercayai isteri kepada suspek terbabit. Ketika kejadian, wanita itu menangis sambil mempersoalkan tindakan mengapa lelaki terbabit sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Ternyata situasi tersebut telah mengundang rasa simpati orang ramai selain geram kepada suaminya yang menyusahkan orang lain.
Tidak lama kemudian, sepasukan polis tiba di tempat kejadian dan dibawa ke Balai Polis Putatan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata;
Suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment