WANITA maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, hari ini.
Dalam kemalangan 6.15 pagi itu, mangsa, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, dan berasal dari Taman Murni Kok Lanas, Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.
Berikutan itu, katanya, kereta yang dipercayai dipandu laju itu bertembung dengan bas ekspres terbabit.
"Ia menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di dalam longkang," katanya.
Mohd Taufik berkata, Nur Syazwani meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Katanya, adik mangsa dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ramli Ibrahim
cnews@nstp.com.my
===========
26 Ogos 2018 @ 7.39 pagi:
Maklumat kemalangan melibatkan sebuah bas dan MPV di jalan Gua Musang-Kuala Krai berdekatan RNR Gua Musang lama pada jam 6.30 pagi ini. Laluan sesak teruk.
Sumber=Kaki share
No comments:
Post a Comment