Kuala Lumpur Kaki Share : Malam tadi viral dimedia sosial facebook.Driver bas mengelak motor yang keluar dari simpang dan bas tersasar melanggar bucu gerai burger tepi jalan. Menyebabkan mak (penjual burger) yang sedang mengendong anak kecil terperanjat DN anak itu. Terlepas dari tangan! Penjual burger berang DN marah kepada pemandu bus yang ketika itu telah pon memberhentikan busnya untuk melihat situasi gerai burger yang di langgar! Tiba-tiba pemandu bas yang telah memberhentikan kenderaannya terpaksa bergegas lari untuk menyelamatkan diri. APABILA melihat peniaga burger tersebut sedang mengejarnya bersama-sama sekumpulan pemuda dari flat Columbia tersebut.
Peniaga burger sedar yang mak dan anaknya TERSELAMAT dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Namun terus nekad untuk mengejar pemandu bas itu. Pemandu bas yang sedar dirinya dikejar orang ramai terus memandu semula bas tersebut untuk menyelamatkan diri. Jelas dari video rakaman yang di ambil oleh si penjual burger. Kelihatan pemandu bas tersebut sedang dalam ketakutan yang teramat sehingga mendorong. Beliau memandu dalam keadaan yang mencemaskan dan merbahaya. Sudahnya menyebabkan berlaku kemalangan (pelanggaran) yang banyak. Akhirnya pemandu bas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Driver bas tersebut berusaha keluar dari bas dan lari dari di kejar oleh peniaga burger dan rakan-rakan. Namun, akhirnya tertangkap juga. Beliau di maki hamun dan di pukul oleh peniaga burger dan orang ramai tanpa dibenarkan membela diri.
Video yang di ambil oleh peniaga burger hanya separuh (hanya memaparkan pemandu bas yang cedera Di pukul). Namun, bagi yang tiada di lokasi kejadian. Keadaan pemandu bas ketika ambulance sampai adalah sangat kritikal (Doktor sahkan 50/50 dan kini berada Di zone merah Hospital Ampang) kerana pemandu bas tersebut telah di belasah dengan menggunakan Kayu dan samurai oleh peniaga burger dan rakan-rakan!!!!
(Tiada dalam video rakaman).
Kenyataan polis yang berada di lokasi kejadian .Kes termasuk di dalam kategori Jenayah (302) jika pemandu bas tersebut MENINGGAL dunia. Polis memandang berat tindakan melulu yang diambil oleh peniaga burger yang sahihnya salah di sisi undang-undang.
Masalahnya mak dan anak kecil kepada peniaga burger tidak mengalami apa-apa kecederaan. Malah hanya gerai burger yang mengalami kerosakan kecil. Mengapa terlalu berat hukuman yang di beri kepada pemandu bas tersebut?
Sedih juga lah melihat majikan kepada pemandu tersebut yang turun ke tempat kejadian dan membuat LIVE VIDEO untuk orang ramai dan memohon pihak polis menjalankan siasatan dengan baik dan majikan turut menyatakan bahawa pemandu ter sebut telah berkhidmat selama 2 tahun di dalam syarikatnya. Merupakan seorang yang baik dan berhemah di dalam tugasnya serta tiada rekod Jenayah dan masalahnya lain di dalam pekerjaannya! (Boleh search Video majikan ni ya)
Semoga pihak POLIS dapat menjalankan siasatan dengan telus dan cepat.
Sumber : Adinda Qilla
www.kakishare.tv
No comments:
Post a Comment