MEKAH: Seorang jemaah maut di Masjidilharam, Arab Saudi, apabila dilihat terjun dari tingkat atas ke ruang jemaah di hadapan Kaabah ketika solat tarawih sedang berlangsung.
Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu berketurunan Asia yang menetap di Eropah.
Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.
Allahuakbar.. perkara ni betul2 berlaku depan AM setelah menunaikan solat isyak.. kita doakan yg baik2 yer.. pic.twitter.com/yHJhgmHW8o— Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) June 9, 2018
Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu berketurunan Asia yang menetap di Eropah.
Mayat lelaki tersebut telahpun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.
Seorang jemaah dari Malaysia, Ahmad Huzaimi Al Madani, yang ketika itu berada di tempat kejadian juga memuat naik status kejadian tersebut di laman Facebook.
“Menerima berita yang amat mengejutkan ketika kami sedang melakukan solat tahajud ada seorang jemaah terjun dari atas bumbung masjid ke dataran tawaf. Punca WALLAHUTAALAA’LAM.”
VIDEO 1:
VIDEO 2:
No comments:
Post a Comment