Terra2

Tuesday, 26 June 2018

'Saya tak sokong upload video saat isteri tengah bersalin' - FBI



Semalam, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, isteri kepada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, telah selamat melahirkan anak keempat di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. 

Aliff turut berkongsi beberapa gambar dan video bayi dan isterinya selepas selamat bersalin bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi itu. 

"Saat ketika anak Yusof Al Qardawi, abah mengazankan anak abahku sayang. Lain macamlah, happy ye. Thanks sayang Shahida," tulis Aliff pada kapsyen gambar anak keempatnya itu. 

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Aliff yang memuat naik gambar anaknya yang baru dilahirkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Malah, netizen turut kesal Aliff memuat naik video isterinya sedang meneran melahirkan bayi keempat mereka itu. 


"Pengorbanan wanita sungguh hebat, setuju tak?

"Ketika ini saya berada bersama dia dan saya rasa pengorbanan melahirkan anak amat bermakna dan sukar untuk diungkapkan ketika moment ini berlaku. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antara satu sama lain. 

"Walaupun pelbagai dugaan hampir 12 tahun kita hidup bersama. And I will always be with you. I love you sayang Shahida forever," tulis Aliff pada kapsyen video isterinya dalam dewan bersalin.

Perkara ini juga turut mendapat perhatian dari Faizal Ismail, di mana tindakan itu seperti tidak menghormati isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak. 

"Maaf, saya tak sokong upload video saat-saat isteri tengah nak bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia adalah saat yang sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa. 

"Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut. Ia bukan untuk tontonan umum. 

"Alasan utuk beri pengajaran kepada lain adalah sekadar nak 'halalkan' perbuatan. Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri. 

"Harap tidak ada lagi yang buat. Mungkin perlu pandangan dari pakar agama dalam hal ini," tulis Faizal di Instagramnya. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Faizal itu. Namun di ruangan komen video tersebut, ada netizen yang tampil mempertahankan usahawan kosmetik itu.



No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...