Berita gembira buat suri rumah yang tidak bekerja khususnya.
Pakatan Harapan akan menunaikan satu lagi janji mereka iaitu perlaksanaan KWSP suri rumah — potongan dua peratus dari gaji suami ditambah RM50 dana kerajaan setiap bulan.
Berita ini diumumkan oleh Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat .
KWSP SURI RUMAH
Melalui skim ini, suri rumah terutama isteri yang tidak bekerja boleh memanfaatkan caruman KWSP dan tidak hanya bergantung kepada suami semata-mata.
Walaupun nilainya tidak sebesar mana, paling tidak membantu ketika saat-saat diperlukan nanti.
Nilai 2% ini sangatlah sikit.
Katakan gaji suami RM3,000 sebulan, potongan KWSP suri rumah cuma RM60 sebulan.
Dicampur RM50 dana kerajaan, maka caruman untuk isteri hanyalah RM110 sebulan.
Dan diharapkan melalui skim ini para isteri boleh menikmati 17 jenis pengeluaran KWSP seperti pekerja biasa.
Dr Wan Azizah ketika ditemu ramah memaklumkan beliau akan bertemu KWSP minggu hadapan bagi membincangkan pelan perlaksaan skim tersebut.
Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.
“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya hari ini.
Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.
Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu. Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.
Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.
Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja KPWKM akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment