Resipi Kuih Kerbau Guling Yang Viral Di Kelantan | Siapa yang duduk di kampung yang ada sawah bendang atau datang dari sana mungkin pernah tengok kerbau berguling-guling dalam kubang sawah. Tapi pernah dengar tak kuih kerbau guling? Kuih ni berasal dari Thailand dan sekarang tengah viral di kalangan penduduk Kelantan yang sering mencari kuih di pasar Ramadhan untuk berbuka puasa. Mungkin kerana warnanya yang hitam kemudian digaulkan dengan isi kelapa parut mirip kerbau berguling dalam kubang kuih ini mendapat nama kerbau guling. Nama asal bagi kuih ini ialah kanom piakpoon. Antara nama lain bagi kuih ini di Kelantan ialah kuih kole hitam atau kuih hitam.
KEISTIMEWAAN KUIH KERBAU GULING
Kalau tengok sekali imbas kuih kerbau guling ni rupanya seakan-akan mcam kuih kaswi. Tetapi rasa kuih ini sebenarnya tak sama dengan kuih kaswi. Rasa kuih kerbau guling yang berasaskan tepung beras pulut dan tempurung kelapa ini agak unik kerana memiliki tekstur lembut dan rasa berlemak serta cair dalam mulut bila dimakan. Tambah-tambah lagi jika disejukkan dalam peti ais, memang kuih ini sangat enak dinikmati di waktu berbuka.
RESIPI KUIH KERBAU GULING
Melainkan anda tinggal di Kelantan, memang jauhlah nak ke sana semata-mata untuk mendapatkan kuih kerbau guling ni. Jadi nasib baiklah ada hamba Allah yang sudi berkongsi resipi membuat kuih kerbau guling melalui media sosial bagi memudahkan kehidupan orang lain. Sesiapa yang nak cuba buat kuih kerbau guling sendiri di rumah bolehlah cuba resipi di bawah. Selamat memasak!
Bahan-bahan
250gm tepung beras
150 gm tepung jagung
3 sudu besar tepung beras pulut
200 gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.
Dah siap!
Sumber resepi : Amir Nawawi
-www.kakishare.tv
No comments:
Post a Comment