
Baru-baru ini, sebuah rakaman video menjadi tular di media sosial apabila seorang peniaga atas talian memberitahu menerusi laman Facebook miliknya yan

Namun, seorang lelaki warga India telah tampil memberikan pendapat mengenai perkara itu kerana tindakan peniaga yang menjual peralatan seks, Siti Amiza Baharuddin sangat memalukan bagi seorang wanita, apatah lagi sebagai seorang Muslim.

Selva Kumar telah memuat naik sebuah video di laman Facebook miliknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan jijik dan tidak senonoh oleh wanita itu kerana seakan-akan menjatuhkan martabat dan maruah kaum wanita.
Dalam video berdurasi 3 minit itu, Selva mempersoalkan tindakan Siti Amiza yang tidak segan silu meminta golongan lelaki India untuk merogol dirinya serta meminta wanita itu supaya muhasabah diri agar tidak memalukan ahli keluarga dan anak-anak pada masa hadapan.
Sumber : Selva Kumar
Susulan viral video itu, pihak Unit Tindakan Khas CM Skuad Badar telah pergi ke rumah wanita berkenaan di Sungai Petani untuk mentarbiahnya agar bertaubat, kembali ke pangkal jalan, menjadi seorang peniaga yang berakhlak mulia dan beroleh rezeki yang halal toyyiba.
Ini kerana tindakan Siti Amiza itu boleh memburukkan nama baik kesucian Islam di mata masyarakat bukan Islam.
Bagaimanapun, pihak berkenaan gagal menemui wanita berkenaan yang difahamkan tiada di rumah pada waktu itu.
Sementara itu di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang dilakukan oleh wanita itu hanya sekadar strategi perniagaan bagi menaikkan semula perniagaannya yang dipercayai sudah sendu.
“Alah, selepas ini dia akan tampil minta maaf. Kemudian dia jual produk dia, terus laku,” kata Rayme Lala.
“Strategi perniagaan. Wanita sentiasa menjadi barang promosi. Inilah contohnya. Semakin di up, semakin banyak duit dia dapat,” kata Tika Emilia.
Disember tahun lalu, Siti Amiza pernah dikecam di media sosial kerana pernah memuat naik status mencari suami untuk kahwin secara kontrak selepas bercerai pada 2016.
Dalam statusnya itu, Siti Amiza meletakkan syarat perkahwinan kontrak selama setahun saja dan dalam tempoh itu dia tidak akan menguruskan rumah tangga seperti mana kebiasaan yang dilakukan oleh golongan isteri. Malah dia juga tidak kisah jika suami ada kekasih lain.
Memetik laporan dari Harian Metro, Siti Amiza menjelaskan, dia berbuat demikian kerana tertekan selepas keluarganya meminta dia berkahwin segera.
Sumber : The Reporter

No comments:
Post a Comment