Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini saya nak kongsikan berkenaan promosi kaw kaw daripada Telekom Malaysia (TM) yang mana mereka cuba untuk target mobile user.
Sebelum ini kita pernah dengan berkenaan webe yang mana datanya adalah unlimited dan tathering dihadkan 10GB sahaja dengan harga yang berpatutan. Namun kali ini TM secara besar besaran telah melancarkan produk baru Mobile Unifi untuk menjadi pesaing kepada mobile prepaid daripada telco besar yang lain.
Buat pertama kali promosi TM telah menawarkan pakej yang menarik kepada pelanggan yang terawal sebagai langkah percubaan. TM menawarkan simkad percuma 1 JUTA dengan disediakan free 20GB 4G untuk Phone support Band 5 LTE, 10 Minit Call Percuma, 10 SMS Percuma as a customer experience. Maksimum untuk seorang per ic adalah 5 simkad sahaja yang penting simkad ini tiada tarikh expired dan topup bila nak guna.
Cara – cara untuk mendapatkanya adalah:
1. Download app mobile@unifi di playstore or app store

2. Click ‘i want to get a sim’

3. Masukkan detail IC, Nama, Alamat dan boleh pilih nak berapa simkad, maksimum 5 simkad sama ada nombor baru atau kekalkan nombor lama. Saya sarankan ambil je nombor baru.


Lepas tu pilih nak pick up at tmpoint (jangan lupe bawa ic yea) or delivery (caj RM 10.60)
Siapa cepat dia dapat, lambat tinggal…limited untuk 1 JUTA simkad sahaja. Barang FREE rembat ajelah apa tunggu lagi…hahaha. Saya dah dapatkan lima simkad. Anda bila lagi…nak tunggu habis ke… tunggu review penggunaan simkad ini daripada saya next artikel.
Sila share artikel ini supaya ramai dapat manfaat. Sekian wassalam.

No comments:
Post a Comment