Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 32 sudah melabuhkan tirainya malam tadi. AJL kali ini berbeza kerana ia menampilkan kelainan dari segi nyanyian, persembahan dan juga pengacaraan.
Bagaimanapun di sebalik kemeriahan AJL pada malam tadi, terselit beberapa insiden yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan netizen.
Di laman sosial, netizen mengutuk tindakan seorang perempuan berpurdah dilihat menari di AJL32. Bagi netizen, tindaknnya itu secara tidak langsung menjatuhkan imej golongan perempuan berpurdah. Malah netizen turut mempersoalkan mengapa perempuan berkenaan berkelakuan tidak senonoh seperti itu.


Sementara itu, persembahan Khai Bahar pula dikritik hebat netizen kerana mereka menganggap persembahan Khai berunsurkan Freemason.
Klip video pada 00:24 saat dikatakan, lambang pedang tersebut menyerupai salib. Ramai yang mengatakan persembahan yang disampaikannya tidak mempedulikan sensitiviti agama.
Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di akhir program itu juga membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun.
“Kenapa AJL32 masukkan si Iqram yang viral sebab benda bodoh abadi yang dia buat? Anugerah seperti ini tidak sepatutnya masukkan unsur-unsur negatif tidak bertamadun itu.”

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat AJL32 kali ini lebih kemas dan tidak semak dengan para sponsor produk timbang kilo. Apa pun, tahniah kepada para pemenang. Kepada netizen, sila kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
(21 FOTO) Sekitar Malam Anugerah Juara Lagu 32 #AJL32
Akhirnya debaran peminat industri muzik tempatan semalam yang ingin mengetahui siapa dan lagu manakah yang dinobatkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 32 telah pun berakhir semalam. Kemenangan Hael Husaini menerusi lagu Jampi memang tidak disangka bukan?
(21 FOTO) Sekitar Malam Anugerah Juara Lagu 32 #AJL32
Akhirnya debaran peminat industri muzik tempatan semalam yang ingin mengetahui siapa dan lagu manakah yang dinobatkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 32 telah pun berakhir semalam. Kemenangan Hael Husaini menerusi lagu Jampi memang tidak disangka bukan?

Hael berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan trofi yang cukup unik hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Buat anda yang tidak berkesempatan untuk menonton AJL 32 semalam berikut kami sertakan beberapa foto sekitar malam AJL 32 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram TV3 Malaysia.














No comments:
Post a Comment