Saya ke BSN untuk transfer duit kepada anak menggunakan mesin ATM. Tiba-tiba saya didatangi seorang wanita berkulit cerah, bertudung, lebih rendah daripada saya meminta tolong untuk depositkan duit untuknya.
Lokasi: Bank BSN, Pt. Raja Johor.
Tarikh: 5/1/18
Masa: 11.25 minit pagi.
Tanpa mengesyaki apa-apa, saya terus berkata boleh sebab di BSN memang selalu ada orang yang akan minta tolong macam itu. Ketika saya sedang memindahkan duit ke dalam akaun bank anak saya, wanita itu telah mengganggu saya sebanyak dua kali dengan membaca nombor akaunnya dengan kuat. Saya menyuruhnya supaya bersabar kerana urusan saya belum selesai lagi.
Bila saya sudah selesai, saya minta nombor akaunnya dan sempat saya melihat di tangannya ada telefon dengan nombor akaun terpampang jelas di Whatsapp di skrin telefonnya berserta dengan 7 keping wang RM10. Saya terus menekan nombor akaun yang dibaca oleh wanita tersebut, tetapi saya perasan nombor akaun itu banyak, tangannya menggigil dan bibirnya bergetar. Terfikir juga saya kenapa. Urusniaga itu gagal kerana betul nombor akaun yang diberikan itu salah.
Saya beritahu nombor akaun itu salah, wanita itu meminta saya untuk memasukkan duitnya ke dalam akaun CIMBnya pula. Saya beritahunya kalau CIMB, kena pergi ke bank CIMB. Masa itu juga, wanita itu meminta nombor telefon saya dan saya tanpa berfikir panjang, terus saja memberikan nombor telefon saya.
Kemudian, wanita itu seseolah mahu menyerahkan duit beberapa puluh ringgit itu kepada saya dan meminta saya tolong depositkan. Saya kata, mana boleh, akak kena pergi ke bank sendiri. Akhirnya wanita itu pergi. Saya pun keluar mengikutnya dari belakang dan saya nampak wanita itu menaiki kereta jenis Toyota Wish berwarna emas. Di dalam kereta itu ada pemandu, cuma saya tidak dapat melihat wajah pemandu itu dengan jelas.
Selepas wanita itu pergi, lutut saya terus mengigil, hati tiba rasa berdebar-debar yang tak pernah saya rasai. Saya jadi kalut hingga selipar anak kecil saya terjatuh masuk longkang. Saya terus balik ke rumah dengan perasaan berdebar. Sampai di rumah, saya ceritakan pada suami dan minta dia bacakan ayat-ayat Al-Quran sebab saya sangat berdebar. Saya syak wanita tadi bukan berniat baik. Adakah saya kena pukau? Alhamdulliah saya masih selamat.
Selang 10 minit wanita itu Whatsapp saya dan seperti yang dijangkakan, memang mahu menipu. Dia meminta saya menolongnya untuk memindahkan duit dari akaun saya kepada kawannya. Nanti dia akan ganti balik, malam nanti. Dia sempat bertanyakan saya tinggal di mana.
Sahabat2 berhati-hatilah, orang ini masih bebas di sekitar Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perkongsian ini untuk kebaikan bersama.
Alhamdulliah Allah SWT selamatkan saya. Setiap kali bila keluar rumah jangan lupa baca ayat 3 Qul dan ayat Kursi, hembus 4 penjuru badan.


No comments:
Post a Comment