Terra2

Saturday, 13 January 2018

‘Takpe ok lagi ni, dekat je depan tu’ – Suami degil biarkan isteri baru bersalin mengendong bayi dan jalan jauh.






                            Gambar hiasan

“Ehhh…  Janganlah cakap macam tu. Yang kuat itu awak, kesian dia (isteri) ni, penat bersalin tadi.”
“Tak apa, okey lagi ni. Dekat saje depan tu,” jawab si suami lagi membuatkan kami bertambah geram bila mendapat respon begitu.
Pakcik tadi sedikit tinggi suaranya, “EH JAUHHH… JAUHH tau nak ke pintu bawah sana. Memang dekat bagi awak. Jauh bagi isteri tu.”
Si suami dengan senyum paksa, “Okey saje ni, takpe.”
Isteri di belakangnya masih senyum kelat dari tadi. Aku yang turut ‘mendidih’ ini, tiba-tiba nak join sekali, “Tengah hujan ni, bang. Jalan licin tau, bahayaa.”
Mungkin perasan situasi ini semakin ‘tegang’, Abah aku cepat-cepat menyelit,
“Dah, dah, takpe. Dah orangnya taknak. Biarlaaa…”
Sekonyong-konyong sepi terus suasana. Selang beberapa saat, pintu lif pun terbuka. Lalu semua orang pun masuk, membawa sepi bersama.
Phew, walau macam mana pun, kita kena berterima kasih pada Abah. Entah tak tahu apa yang terjadi kalau suasana tadi dibiarkan terus tegang. Betullah kata Abah, itu adalah pilihan dia. Mungkin amat biasa bagi sesetengah orang, untuk memilih jalan payah dalam hidupnya.
Aku sebagai suami, sejujurnya faham benar kenapa lelaki itu tidak mengambil kerusi roda demi isterinya. Kerana aku yang lelaki pun tercungap-cungap weh nak ambik kerusi roda itu. Diulangi, aku ini lelaki tau. Lelaki yang tidak melalui tiga zaman ini:
YANG TIDAK rasai loya muntah sakit kaki silang urat sembilan purnama macam perempuan masa mengandung.
YANG TIDAK bertarung curi-curi nafas atau dipotong dijahit pada tubuh demi lahirkan nyawa baru bagai ibu yang melahirkan.
YANG TIDAK berhencut-hencut menyusui anak ikat perut jaga makan minum tenaga seperti ibu lalui detik-detik berpantangnya.
Sumber: Al Irfan Jani
via the reporter
Kredit : kuasa-viral.com
Aku ini lelaki tau, yang tidak melalui ketiga-tiga zaman ini, pun boleh tercungap-cungap nak pergi ambil kerusi roda ini dari tingkat bawah nak dibawa naik ke atas? Ambil kerusi roda tau, benda beroda itu. Aku tak kena pikul pun di bahu, pun boleh tercungap-cungap.
Kau ghase? Beza tak tercungap-cungap itu, dengan tiga zaman itu?

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...