Terra2

Thursday, 7 December 2017

Isu Baitulmaqdis: Hamas Isytihar Intifada Bermula Esok


Gaza, 7 Dec - Hamas mengisytiharkan intifada baharu bermula esok susulan pengumuman Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.

"Kami menyeru kepada semua orang Palestin untuk mengambil bahagian dalam 'hari kemarahan' pada Jumaat dan menjadikannya sebagai pemulaan intifada baru", kata ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah.

"Esok, rakyat kita akan melancarkan intifada terhadap pendudukan dan kita yakin bahawa kita akan mencapai kemenangan dan membebaskan tanah suci kita." tambah beliau.

Trump, selain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, turut mengumumkan bahawa AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...