Terra2

Thursday, 28 December 2017

Adik Arif seorang yang periang, aktif bersukan namun semua berubah pada awal tahun 2017


Adik Arif baru berumur 9 tahun, tinggal di sebuah flat di Klang dan seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. Beratnya 45kg.

Namun semuanya bertukar pada awal tahun 2017 apabila Adik Arif mula pening-pening dan kabur penglihatan. Beliau kemudiannya dimaklumkan oleh doktor mempunyai ketumbuhan di sebelah kiri kepalanya dan telah disahkan sebagai kanser tisu. Ketumbuhan di kepalanya juga telah menolak bebola mata kiri Adik Arif ke luar.

Dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini bukan sedikit. Untuk itu saya ingin mengajak semua pihak membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung.

Jika ada yang ingin menziarahi Adik Arif, mohon hubungi ayahnya; Mohd Norhafis Abd Aziz (+60 11-2311 2521). Adik Arif kini tinggal di rumah Mak Toknya. Di situ dia lebih selesa dan memudahkan keluarganya untuk membawanya ke hospital.

Jika ada yang ingin membantu dari segi kewangan, sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun ayahnya. Ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga ini. Untuk makluman, ayahnya tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori kerana terpaksa menjaga Adik Arif.

Bank: Maybank
No. Akaun: 1628 4306 6209
Nama: Mohd Nor Hafis Abd Aziz

atau

Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 7063 3635 84
Nama: Mohd Nor Hafis Abd Aziz

Jika ada yang ingin memberikan sumbangan barangan pula, saya mencadangkan diapers jenama Mamy Poko bersaiz XL dan susu Pediasure. Kesihatan dan selera makan Adik Arif kini sangat merosot. Dia tidak lagi boleh menjamah makanan kecuali susu. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg.

Dan jika tiada apa-apa yang boleh tuan puan lakukan untuk membantu, kongsilah posting ini dan doakanlah kesembuhan buat Adik Arif. Semoga Allah mempermudah urusan keluarga tabah ini.

Terima kasih pada yang telah memberikan sumbangan setakat ini:
PPTD Malaysia
Kelab JPA
KPTD Selangor
Wellcare Selangor
G153 Selangor


kredit-facebook khairul azar omar

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...