Terra2

Sunday, 5 November 2017

“Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?” – Video penunggang motosikal biadap tendang semua kon di sepanjang jalan undang kemarahan netizen

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial tindakan biadap seorang penunggang motosikalyang menendang kesemua kon yang diletakkan oleh peronda lebuh raya.
Insiden yang sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta itu menunjukkan aksi lelaki terbabit yang bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri, malah pengguna lebuh raya yang lain.


Difahamkan, beberapa buah kereta yang melalui jalan itu juga hampir mengenai kon-kon yang ditendang oleh penunggang motosikal terbabit.
Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?
“Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!” kata seorang netizen.
Rata-rata pengguna media sosial mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal di dalam video berkenaan tidak dapat dilihat secara jelas.
Sumber: MYNEWSHUB.CC

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...