Terra2

Wednesday, 22 November 2017

“Dapat Cium Kau Tadi, Cantik Dan Wangi Macam Selalu” – Luahan Pilu Rakan Baik Meninggal Dunia Kerana Kanser




Selain daripada ahli keluarga, rakan-rakan merupakan orang terdekat yang sentiasa ada sewaktu susah dan senang. Semua masalah dikongsi bersama, setiap memori yang dicipta itu merupakan kenangan paling manis dan akan diingati sampai ke akhir hayat.
Namun tiada siapa dapat menduga takdir yang ditentukan Allah SWT. Sahabat baik gadis ini telah dijemput Ilahi akibat barah otak yang dihidapinya. Setiap saat dia mengadu sakit dan berputus asa. Sebak!
‘Kau dah penat lawan sakit kau’
Perkongsian gadis ini di twitter mendapat 10k retweet dan 6.7k likes, ramai yang turut bersimpati dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah. Malah, perbualan whatsapp yang dikongsi gadis ini juga meruntun setiap jiwa yang membacanya. Arwah sangat berharap dapat hadir ke majlis konvokesyen walaupun arwah pada masa itu sangat sakit.
‘Kau pergi dengan tiba-tiba’
‘Sempat tengok kau dikafankan’
Sedihnya. Kami di ohbulan mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan rakan arwah. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata merupakan satu hakikat yang paling susah untuk diterima. Tetapi yakinlah dengan segala ketentuan Allah.
sumber : Syera Yuza

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...